| Universiti Putra Malaysia

MAPCVCC 2014 tingkat kesedaran perubahan iklim paya bakau negara Asia Pasifik

Oleh Nursyahirah Ariffin
Foto oleh Noor Azreen Awang


KUALA LUMPUR, 11 Nov - Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) anjur International Conference On Mangroves Of Asia-Pacific Countries In View Of Climate Change (MAPCVCC-2014) untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim hutan paya bakau di sekitar negara Asia Pasifik.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Dr. Abdul Rahim Nik berkata seminar itu bertujuan untuk membangunkan pemuliharaan serta pengurusan kapasiti kawasan bakau seantero dunia khususnya di kawasan Asia-Pasifik.

“Seminar ini menyatupadukan penyelidik nasional, serantau, antarabangsa, pengurus hutan serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai pengurusan kelestarian ekosistem hutan bakau,” katanya.



Selain itu, seminar tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM), Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Universiti Malaya (UM), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (LESTARI, UKM)  dan Asia Pacific Association of Forestry Research Institutions (APAFRI).

Seminar yang berlangsung di Grand Season Hotel, Kuala Lumpur selama tiga hari bermula pada 11 November hingga 13  November 2014 turut di hadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM, Prof. Dr. Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo dan Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr. Abd Latif Mohmod.

Sementara itu, terdapat 30 pembentangan secara lisan dan 40 poster yang bertemakan paya bakau dipamerkan untuk meningkatkan kesedaran tentang tahap pengurusan paya bakau.



Menurut Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo berkata paya bakau memainkan peranan yang penting untuk proses ekologi, penstabil kawasan pantai dan menjadi tempat ternakan ikan serta kehidupan laut.  

“Hutan paya bakau terdiri daripada habitat yang dominasi oleh pokok bakau dan spesies lain yang sesuai dengan keadaan cuaca Malaysia. Ia dapat memberi sebuah landskap yang unik dengan pelbagai spesies taksonomi untuk  menyokong hidupan di paya bakau,” katanya.


SXDdXAd~