| Universiti Putra Malaysia

Mantan staf Pejabat Pendaftar sumbang untuk Dana Wakaf Ilmu UPM

Oleh Azman Zakaria



SERDANG, 25 Jan - Seramai 70 orang staf UPM yang pernah berkhidmat di Pejabat Pendaftar mengadakan jamuan yang turut dihadiri oleh mantan Pendaftar dan mantan pegawai-pegawai Pejabat Pendaftar bertujuan mengeratkan lagi ukhwah dan semangat kesetiakawanan.

Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose yang  pernah berkhidmat di Pejabat Pendaftar, juga hadir pada majlis itu yang diadakan di L'apprenti Cafe Golf, UPM.

Dalam ucapan aluannya, Prof. Datuk Dr. Raduan mengucapkan terima kasih kepada semua mantan staf pendaftar yang hadir dan sama-sama menjayakan majlis tersebut.

Beliau berharap program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pada majlis itu, mantan staf Pejabat Pendaftar yang hadir menyumbang lebih daripada RM1,000 ke dalam Tabung Dana Wakaf Ilmu UPM.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Pengarah, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Dr. Razali Othman yang juga pernah berkhidmat di pejabat yang sama.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan ikhlas untuk tabung wakaf itu.

Beliau turut berharap sumbangan itu akan memberi dorongan kepada warga UPM yang lain untuk sama-sama berwakaf bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan serta sokongan. – UPM

 


WXESXAk~