| Universiti Putra Malaysia

Malaysia perlu Tingkat SDG 2, 10 dan 15 bagi mencapai negara mampan 2030

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari   
Foto: Noor Azreen Awang  

SERDANG, 17 Nov – Kelaparan sifar yang berkait rapat dengan sekuriti makanan merupakan salah satu 17 agenda yang digariskan menerusi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 yang perlu dicapai agar semua orang menikmati keamanan dan kesejahteraan menjelang 2030.

Pensyarah Fakulti Pertanian UPM, Profesor Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin berkata Indeks Sekuriti Makanan Global menunjukkan Malaysia berada di kedudukan ke-39 pada 2021 dan ke-43 pada 2022 daripada 113 negara yang memerlukan lebih banyak usaha perlu dilakukan dalam SDG.

“Memandangkan kemajuan yang perlahan dalam SDG 2 Kelaparan Sifar, SDG 10 Mengurangkan ketidaksamaan dan SDG 15 Hidupan Atas Darat, Malaysia memerlukan lebih banyak usaha untuk dilaksanakan dalam matlamat SDG ini agar kemampanan negara dapat dicapai.

“Dalam hal ini, terdapat beberapa cabaran utama yang dihadapi dan perlu ditangani seperti kenaikan harga makanan, perubahan iklim dan persaingan sumber semula jadi dan proses pembandaran,” katanya dalam Simposium SDG dan inisiatif hijau di UPM, hari ini.

Justeru, agenda perubahan ini perlu dipandang serius dalam memastikan kepentingan semua lapisan masyarakat dijaga.-UPM

SXETOA5~