| Universiti Putra Malaysia

Majlis Pelancaran Produk Inovasi FSKTM UPM promosikan lapan produk inovasi


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG
-  Buat julung kalinya, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Produk Inovasi FSKTM UPM 2015 bagi mempromosikan lapan produk inovasi bertujuan membudayakan kreativiti di kalangan staf fakulti.

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata ini adalah selaras dengan hasrat universiti untuk mempromosikan penyelidikan UPM yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti dan negara.

“Ini turut mempromosikan hasil penyelidikan kepada pemegang taruh untuk tujuan pengkomersilan dan keusahawanan inovasi UPM ke peringkat lebih tinggi serta dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Produk Inovasi 2015 di sini.



Tambah beliau, UPM menyokong penyelidikan secara berterusan dengan menyediakan Geran Penyelidikan Pasaran kepada penyelidik di bawah program Innohub Putra Science Park.

Sementara itu, lapan produk yang dilancarkan iaitu FoodPin dan HealthLink oleh Prof. Madya Dr. Marzanah A. Jabar dan Dr. Wan Nurhayati Wan Ab. Rahman; Quantum Communication Simulator (QuCS) oleh Prof. Madya Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain; CASD-PAC System oleh Prof. Madya Dr. Rahmita Wirza O.K. Rahmat, Prof. Madya Mohd Hasan Selamat dan Dr. Rohaya Latip; TOGO - Touch & Grow oleh Dr. Puteri Suhaiza Sulaiman; ExpoUni oleh Dr. RohayaLatip; LoQET oleh Dr. Sa’adah Hassan, Dr. Azrina Kamaruddin, Dr. Noraini Che Pa dan Dr. Novia Admodisastro; dan Scarf@Equation oleh Dr. Azree Nazri. - UPM


WXDdPAT~