| Universiti Putra Malaysia

Majlis Konvoskyen UPM yang ke-47 akan dilangsungkan pada November ini

SERDANG, 9 Okt- Universiti Putra Malaysia (UPM) dijangka akan melangsungkan Majlis Konvokesyen ke- 47 sidang pertama di Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu (UPMKB) pada 4 November 2023 (Sabtu) di Dewan Sri Kenyalang, UPMKB.

Manakala bagi sidang kedua konvokesyen di UPM, Serdang dijangka berlangsung bermula 25 November 2023 (Sabtu) sehingga 30 November 2023 (Khamis), di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS UPM).

Pada Sidang pertama majlis konvokesyen di UPMKB, Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana (Master), Bacelor dan Diploma kepada 484 graduan pelbagai program pengajian.

Bagi sidang kedua majlis konvokesyen di UPM, Serdang, Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengurniakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana (Master), Bacelor dan Diploma kepada 5,267 graduan pelbagai program pengajian.

Majlis konvokesyen ini meraikan para graduan yang juga menjadi agenda penting dalam Pelan Strategik UPM 2021-2025 bagi melahirkan watak graduan berdaya tahan mendepani cabaran mendatang.

SXDDUAv~