| Universiti Putra Malaysia

Lima pensyarah UPM terima pengiktirafan Akademi Sains Malaysia

Oleh Thiviyah Manicam

                                                                                         

PUTRAJAYA, 2 Nov – Dua pensyarah yang juga penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dianugerahkan ‘Felo’ Akademi Sains Malaysia (ASM) 2017 manakala tiga lagi diplih sebagai ‘Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2017.’

Dua yang dianugerahkan Felo itu ialah Profesor Dato’ Ir Dr. Mohd Saleh Jaafar FASc dari Fakulti Kejuruteraan, dan Profesor Dr. Mohd Hair Bejo FASc dari Fakulti Perubatan Veterinar.

Tiga yang dipilih sebagai ‘Top Research Scientists Malaysia’ pula ialah. Prof. Madya Dr. Cheah Yoke Kqueen dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; Prof. Dr. Mohd Rafii Yusop dari Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan; dan Prof. Madya Dr. Mohd Yunus Abd Shukor dari Fakulti Bioteknologi dan Sains.

 

 

                                                                

Mereka menerima anugerah berkenaan pada majlis ‘2017 Conferment of Fellowship of ASM & Announcement of Top Research Scientists Malaysia’ di sini.

Bidang kepakaran Prof. Dato’ Ir Dr. Mohd Saleh ialah  kejuruteraan awam, struktur, serta bahan konkrit, manakala Prof Dr. Mohd Hair adalah dalam bidang patologi  veterinar, vaksin haiwan, patologi avian dan bioteknologi haiwan.

Sementara itu bidang kepakaran Prof. Madya Dr. Cheah pula ialah diagnostik molekular dan penghasilan ubat-ubatan; Prof. Dr. Mohd Rafii dalam bidang bioteknologi tumbuh-tumbuhan; dan Prof. Madya Dr. Mohd Yunus pula biokimia.

ASM ditubuhkan oleh kerajaan pada 1995 dengan matlamat utama untuk menggalak dan meningkatkan kecemerlangan bidang sains, kejuruteraan dan teknologi untuk kemajuan negara dan faedah manusia. - UPM

WXEXUA~