| Universiti Putra Malaysia

Koperasi UPM di kedudukan 43 Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2016

Oleh Syifarida Muhamad Zaki


SERDANG, 29 Dis - Koperasi Universiti Putra Malaysia (KUPUTRA) Berhad mencatat kejayaan cemerlang apabila diiktiraf di kedudukan 43 terbaik Malaysia 2016 kategori fungsi pengguna dalam penerbitan Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Antara kategori fungsi lain ialah fungsi kredit dan perbankan, fungsi pengangkutan dan pertanian, fungsi perkhidmatan, fungsi perumahan dan fungsi pembinaan.

Pengiktirafan itu berdasarkan kejayaan perolehan KUPUTRA sebagai penyumbang kepada perolehan gerakan koperasi dalam usaha mencapai sasaran perolehan RM50 bilion pada tahun 2020.

KUPUTRA yang dianggotai oleh 2,158 orang berjaya memperolehi sebanyak RM29,968,350 melalui penyumbang utama perolehan iaitu stesen minyak KUPUTRA.

Kriteria penilaian 100 Koperasi Terbaik di Malaysia dilakukan melalui proses penilaian kuantitatif dan kualitatif merangkumi aspek pengurusan kewangan, kompetensi pengurusan, pematuhan perundangan dan kelestarian perniagaan.

Proses penilaian menggunakan piawaian mengikut kedudukan Purata Nisbah Koperasi (PNK) dan diselaraskan dengan kriteria yang diguna pakai oleh International Co-operatives Alliances (ICA). - UPM

 


SXDcSAr~