Kerja Sambilan Bukan Halangan Untuk Mencapai Kejayaan | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Kerja sambilan bukan halangan untuk mencapai kejayaan

Kerja sambilan bukan halangan untuk mencapai kejayaan

Oleh Cheng Kai Wah

 

SERDANG, 29 Okt - Danial Hakim Mohammad Suhaimi, 23, Bacelor Kejuruteraan (Elektrik dan Elektronik) Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) mencapai impiannya untuk bergraduat dari pada hari ini sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42.

 

Daniel memulakan kerjayanya sebagai seorang model dari tahun 2016. “Pada masa itu, kawan saya mencabar saya untuk menyertai satu pertandingan model. Saya berasa amat bersyukur kerana saya telah berjaya mara ke peringkat Top 8 pada akhirnya,” katanya.

 

Daniel berkata bahawa dia mampu membahagikan masanya dengan amat rapi sekali antara kerjaya beliau sebagai seorang model sambilan dan tanggungjawab beliau sebagai seorang mahasiswa di UPM. Tambahan beliau, beliau mula menjejak kaki ke UPM sejak tahun 2013 apabila beliau mengambil Program Asasi Sains Pertanian di Pusat Asasi Pertanian.

 

Bagi Daniel, tips kejayaan yang paling utama adalah beliau mampu menyesuaikan diri dengan baiknya di tempat yang berbeza. Tambahan beliau lagi, apabila beliau berada di luar UPM, beliau perlu menyesuaikan diri sebagai seorang model. Sementara di dalam kampus, Daniel perlu menyesuaikan diri untuk menunaikan tanggungjawab beliau sebagai seorang mahasiswa.

 

Daniel berasa amat berbesar hati dan bersyukur kerana ibu bapa beliau sentiasa memberi sokongan secara rapat kepada beliau untuk menceburi bidang model walaupun beliau sedang belajar di UPM.

 

Daniel juga berpesan kepada para mahasiswa UPM supaya pandai membahagikan masa untuk menyertai aktiviti anjuran universiti, fakulti, kelab dan persatuan, serta kolej kerana pada masa inilah semua mahasiswa boleh mencipta memori yang tidak dapat dilupai selepas bergraduasi dari UPM.

 

Akhir sekali, Daniel berpesan supaya tidak ponteng kelas kerana pensyarah sentiasa memberi tips dan panduan untuk ujian dan peperiksaan kepada semua mahasiswa baik secara langsung atau tidak langsung. - UPM

Tarikh Input: 13/11/2018 | Kemaskini: 13/11/2018 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566347631