| Universiti Putra Malaysia

KELUARGA MENJADI SUMBER KEKUATAN ADIK BERADIK MENAMATKAN PENGAJIAN

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



Serdang, 28 November – Pasangan adik beradik, Noor Razalina Mohd Rashid dan Noor Rafiza Mohd Rashid berjaya bergraduat dalam Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 pada hari ini.

“Saya bersyukur kerana mempunyai pensyarah yang membantu saya untuk bergraduasi dalam tempoh (graduate on time),” kata Noor Razalina Mohd Rashid yang berjaya menamatkan pengajian master dalam bidang Pentadbiran Pendidikan walaupun secara dalam talian.

Noor Razalina Mohd Rashid merupakan anak kedua manakala Noor Rafiza Mohd Rashid merupakan anak kelima daripada tujuh orang adik beradik akui menghadapi cabaran yang sama iaitu perlu membahagikan masa antara belajar, kerja dan keluarga.

Namun begitu, keluarga menjadi penguat semangat untuk mereka agar menamatkan pengajian sehingga hari ini.

“Anak-anak saya adalah sumber kekuatan saya,” kata Noor Rafiza Mohd Rashid yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Bacelor Sains Pembangunan Manusia.

Hasrat pasangan adik beradik ini adalah menyambung Phd di UPM bersama agar menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak mereka.-UPM

WXEUSAV~