| Universiti Putra Malaysia

Kelayakan Bahasa Inggeris pelajar antarabangsa ke UPM


SERDANG, 2 April – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengiktiraf sijil Certified Intensive English Programme (CIEP) dari Pusat Bahasa ELS sebagai syarat kelayakan Bahasa Inggeris bagi pelajar antarabangsa menyambung pengajian di UPM.

Satu memorandum persefahaman (MoU) dimeterai antara UPM dengan ELS yang mempunyai rangkaian dengan 74 universiti antarabangsa untuk menubuhkan cawangan di UPM.

Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata UPM ialah IPTA pertama di Malaysia yang menubuhkan pusat ELS di kampus yang berupaya meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar Antarabangsa UPM.



“Wujud permintaan yang tinggi daripada pelajar antarabangsa yang mahu UPM melaksanakan program yang setara dengan sijil kelayakan tahap kompetensi bahasa Inggeris seperti TOEFL dan IELTS,”katanya.

Dr. Radin berkata pelaksanaan program itu tidak sekadar membolehkan pelajar antarabangsa menguasai bahasa Inggeris dan melayakkan mereka menyambung pelajaran di UPM, tetapi membantu mereka menyesuaikan diri dengan budaya Malaysia dengan cepat.

MoU itu ditandatangani oleh Dato’ Ir. Dr. Radin dan Mark Harris yang mewakili ELS dengan Program ELS mendapat pengiktirafan daripada US Accrediting Council for Continuing Education and  Training (ACCET).

Berita ini disediakan oleh Muhamad Najkhan Mazlan 03-89466130 (MarComm) dan foto oleh Noor Azreen Awang 03-89466199 (MarComm) 


WXETUA7~