Joanne Yeoh, Virtuoso Biola UPM Lancar Album Baharu | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Joanne Yeoh, virtuoso biola UPM lancar album baharu

Joanne Yeoh, virtuoso biola UPM lancar album baharu

Oleh Kuah Guan Oo
Gambar oleh Marina Ismail



SERDANG, 10 Dis  (UPM) – Pemain biola berbakat luar biasa Dr Joanne Yeoh dari Universiti Putra Malaysia (UPM) melahirkan album baharu mengandungi 10 lagu yang dicipta khas untuk santapan para peminat dan pengikut beliau.

Pemuzik handalan ini, yang juga Ketua Jabatan Muzik, Fakulti Ecologi Manusia UPM, melancarkan albumnyab ertajuk “After A Dream” pada satu sidang akhbar di Galeri UPM di sini.

Album kedua beliau ini diterbitkan hasil kolaborasi dengan pemuzik-penggubah lagu terkenal Daniel Veerapen, manakala lagu-lagu yang terkandung di dalamnya menampilkan intonasi, kemahiran serta keyakinan Dr Joanne Yeoh yang sungguh hebat serta mempesona.



Lagu-lagu berkenaan, termasuk beberapa lagu berbentuk medley, berjudul Simple Gifts, Miserlou, Dixie’s Land, Everytime/Pray, Greensleeves, Khosn Kale Mazel Tov – Hava Nagila, Tango, After a Dream, Danny Boy dan Goin’ Home.

Album pertama beliau bertajuk Pulse Metropolis, diterbitkan lapan tahun lalu.

Dr Joanne Yeoh,  yang mula berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Muzik pada 2000 sebelum dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan itu tahun lepas, berkata beliau memilih UPM sebagai tempat untuk melancarkan album itu kerana beliau amat berbangga menjadi petugas sepenuh masa dengan universiti ini.

“Persekitaran di sini juga amat kondusif kerana kami diberi kebebasan dalam menunaikan tugas,” katanya sambil menambah bahawa beliau memilih 10 lagu berkenaan untuk dimuatkan didalam album itu kerana ia mudah dihayati pendengar.

Menurut ahli akademik ini, dua daripada lagu yang terkandung didalam album ini juga merupakan lagu yang amat beliau gemari.

Guru biola kelahiran Kuala Lumpur ini menuntut di SM Subang Jaya sebelum memperoleh ijazah sarjana muda (dengan kepujian kelas pertama) dalam bidang muzik daripada Middlesex University pada 1998. Pada tahun berikutnya, beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bidang persembahan muzik (dengan pengkhususan biola) daripada University of Leeds.



Beliau mula menjadi tenaga pengajar di UPM pada 2000 dan pada 2009, wanita istimewa ini tamat mengikuti pengajian peringkat PhD  di Heriot Watt University dengan membuat pengkhususan dalam bidang muzik dan tingkahlakupengguna.

Bagaimanapun, bakat istimewa ahli akademik berjiwa seni ini memikat hati ramai penggema rmuzik melalui persembahan yang beliau adakan di dalam dan luar negara. Antaranya persembahan beliau bersama superstar Hong Kong Jacky Cheung dan Alan Tam serta bintang pujaan ramaiTaiwan David Tao.

Dr Joanne Yeoh, yang mula bermain piano ketika berusia 4 tahun sebelum beralih ke biola ketika berusia 8 tahun, berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimanakah kehidupannya tanpa biola.

“Saya sungguh menikmati dan menyintainya serta tidak boleh tinggal untuk berlatih,” kata beliau pada sidang akhbar itu.

Muzik dan biola membuat hidup saya umpama mimpi, katanya merujuk kepada persembahan yang pernah beliau adakan di serata dunia.

Dr Joanne Yeoh menerima pelbagai penghormatan dan penghargaan kerana bakat dan kebolehan luar biasa beliau. Ini termasuk Anugerah Akademik Negara pada 2012 bagi kategori Seni dan Kreativit. Nama beliau juga tersenarai di dalam Marquis’ Who’s Who in the World edisi 2012 &2013.

Ditanya tentang pengajian beliau dalam bidang muzik,  ketua jabatan ini berkata pada zamannya, mereka yang meminati bidang muzik perlu keluar negara untuk melanjutkan pengajian dalam bidang itu.

Memandangkan ramai daripada mereka kembali ke tanah air setelah tamat pengajian untuk menjadi guru muzik,, maka institusi pendidikan tinggi seperti  UPM mengambil keputusan untuk memanfaatkan kebolehan mereka dengan menawarkan kursus muzik di peringkat ijazah.

“Para pelajar sekarang boleh mendapatkan latihan dan kelayakan serupa dalam bidang muzik seperti yang terdapat di luar negara,” katanya.

Jabatan Muzik UPM yang ditubuhkan pada 1995, mempunyai 10 pensyarah, termasuk dari luar negara, dengan pelajar seramai 70 orang.

Mereka yang berminat memiliki album terbaharu Dr Joanne Yeoh ini, boleh membelinya secara dalam talian melalui www.joanneyeoh.com.my.

Album ini berharga RM50 seunit atau hanya RM5 untuk setiap lagu. – UPM

-- kgo/sp


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1568813242