| Universiti Putra Malaysia

IWGM 2021 FOKUS PERANAN UNIVERSITI, UI-GREENMETRIC DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SDGS) PADA WAKTU PANDEMIK

Oleh: Zainul Luqman Zainul Ikhwan

SERDANG - Universiti Putra Malaysia telah dilantik sebagai tuan rumah The 7th International Workshop on UI-GreenMetric World University Rankings (IWGM 2021). Program dalam secara talian ini pada mulanya dijangka akan diadakan pada 13 hingga 15 Julai ini. Akan tetapi, ianya ditunda pada 24 hingga 26 Ogos 2021.

Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat, UPM, Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman berkata beliau berharap IWGM kali ini akan mendapat sambutan dan penyertaan dari universiti di dalam mahupun di luar negara untuk membincangkan peranan universiti dalam bersama menjayakan agenda matlamat pembangunan lestari (SDGs) yang diasaskan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“IWGM kali ini bukan sahaja memfokuskan topik utama semata-mata, tetapi ianya berperanan sebagai jambatan penghubung buat UPM dan universiti-universiti antarabangsa untuk bekerjsama dalam mencapai masa depan yang lebih baik buat semua,” katanya.

Kerjasama kedua-dua buah universiti iaitu UPM dan Universitas Indonesia sebagai penganjur bersama ini adalah merupakan usaha untuk memastikan matlamat ke-17 dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), Partnership for the Goals dapat dicapai bersama. - UPM

SXEUBA2~