| Universiti Putra Malaysia

Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia UPM anjur bengkel menggubal dasar ‘National Transfer Account’ bersama Kementerian Kewangan dan PBB

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin

SERDANG, 10 Februari - Sebuah bengkel atas talian dianjurkan untuk menggubal dasar ‘National Transfer Account(NTA)’ bagi keberhasilan peralihan masyarakat yang cergas dan masyarakat berumur  pada 7 hingga 11 Mac lalu.

Bengkel atas talian ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kewangan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ekonomi dan Sosial Antarabangsa.

NTA ialah sebuah polisi untuk membantu negara di rantau ini dalam memahami dan bertindak balas terhadap penuaan penduduk kerana ia menyediakan rangka kerja dan konsep untuk mengukur kitaran hayat ekonomi dan sistem pengagihan semula secara menyeluruh dan sistematik.

Ini kerana, Malaysia akan menjadi negara sangat tua berdasarkan kadar peningkatan jumlah penduduk warga emas di negara ini.

Pada masa kini, Malaysia dikategorikan sebagai negara menua apabila kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia dijangka menyusut disebabkan kadar kesuburan penduduk di negara ini dilihat semakin merosot.

Bukan itu sahaja, pertumbuhan ekonomi yang kurang berkembang, pemodenan, perbandaran, peningkatan kos sara hidup penyebab Malaysia negara sangat tua.

Dasar NTA ialah sebuah polisi bagi menyediakan sistem lengkap mengikut umur untuk menguruskan sumber ekonomi yang dihasilkan dan digunakan.  Setiap negara bergantung pada program kerajaan, sistem keluarga dan pasaran kewangan untuk mencapai pengagihan akhir sumber ekonomi.

Tujuan keseluruhan bengkel NTA ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan kedua-dua kaedah dan aplikasi NTA kepada penggubal dasar dalam menguruskan kesan sosioekonomi perubahan penduduk melalui latihan, teras dan pengetahuan teknikal yang lebih maju boleh dikongsi.

Justeru, dasar NTA ini dapat membina kumpulan yang lebih besar dan rangkaian pakar tempatan terutamanya pembuat polisi.

Seramai 90 orang peserta dari semua agensi kerajaan menyertai bengkel atas talian NTA bagi mendapatkan perkongsian polisi ini daripada pakar PBB, Mun Sim Lai, Tim Miller dan Pensyarah University of California, Prof Emeritus Ronald Lee. - UPM

SXEXWA4~