| Universiti Putra Malaysia

IMPIAN KEMBAR MENJADI DOKTOR BERSAMA TERCAPAI

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



Serdang, 27 November – Pasangan kembar Nurnadhrah Zulkefli dan Nurnadhirah Zulkefli bergraduat sebagai Doktor Perubatan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 pada hari ini.

Nurnadhrah berkata impian mereka untuk menjadi doktor bersama adalah impian mereka sejak kecil lagi.

“Kami dapat bertukar pendapat serta berlaku jujur sesama sendiri semasa belajar,” kata Nurnadhirah.

Mereka mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi sokongan serta rakan-rakan yang menyerikan kehidupan belajar mereka.

Pasangan kembar yang berasal dari Seri Manjung, Perak ini sedang bertugas sebagai Doktor pelatih selama dua tahun dan berhasrat untuk mengikuti jejak langkah pensyarah mereka untuk menjadi doktor pakar.

Mereka turut menitipkan pesanan agar fokus semasa belajar, memberikan yang terbaik dalam apa juga situasi dan percaya kepada rezeki masing-masing. - UPM

WXDdAAU~