| Universiti Putra Malaysia

Graduan perlu kukuh hubungan dengan pemimpin - Tan Sri Rozali

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh
Gambar oleh Mohd Sabri Omar

Pro Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail menyampaikan ucapan Majlis Konvokesyen ke-37 UPM sesi 5


SERDANG Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) diseru memperkukuhkan hubungan dengan pemimpin bagi membentuk generasi pelapis masa depan yang cemerlang untuk negara.

Pro Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail berkata interaksi antara generasi ipemimpin dan pelapis itu mampu melahirkan kestabilan mental, fizikal, emosi, personaliti dan perhubungan sosial yang positif.

“Kesihatan mental membolehkan graduan memiliki sikap positif dan proaktif dengan orang lain. Malah usaha Perdana Menteri yang meningkatkan interaksi antara pimpinan dan generasi belia dalam membuat keputusan berupaya melonjakkan kecemerlangan negara,” katanya.

Seruannya itu disampaikan ketika ucapannya pada Majlis Konvokesyen ke-37 UPM sesi kelima di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia di sini.


Pro Canselor UPM, Tan Sri Rozali Ismail bersama dua graduan anak peneroka FELDA dan keluarga


Dalam perkembangan lain, Rozali mengingatkan semula bahawa graduan UPM telah pun mengambil peluang sebaik mungkin dengan peningkatan pelajar antarabangsa di UPM seperti berinteraksi dan mempelajari nilai yang positif bersama mereka.

“Pada tahun 2011, enrolmen pelajar siswazah antarabangsa daripada 70 negara hampir 4,000 orang.   Mereka terdiri daripada 3% di peringkat Bacelor, 45% di peringkat Master dan 52% di peringkat PhD,” katanya.

Malah katanya UPM turut menawarkan Joint PhD dengan University of Sheffield, UK, Dual PhD Program dengan University of Nottingham, UK, University of Newcastle dan University of Southern Queensland, Australia. Dual Master's Degree Program joint programme dibuat dengan Ajou University, Korea dan University of Glasgow, Scotland, UK. 

“Terkini adalah penubuhan Malaysia Super Satelite Campus UPM dan Kyushu Institute of Technology (Kyutech) Jepun di UPM. Penubuhan MSSC di UPM  menjadikannya sebagai off-shore campus pertama universiti awam Jepun di seberang laut dan penawaran program dual degree di peringkat ijazah lanjutan,” katanya.

Majlis Konvokesyen UPM kali ini menyaksikan keseluruhan seramai 7,149 graduan pelbagai program pengajian akan menerima ijazah dan diploma masing-masing Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 Oktober hingga 29 Oktober ini. Daripada jumlah itu, penerima Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) seramai 440, Ijazah Sarjana (Master) seramai 2,197, Bacelor (4,158) dan Diploma (354). 


SXDdPAs~