| Universiti Putra Malaysia

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM terima kunjungan hormat dari Wellous Sdn Bhd

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto: Sabri Omar


SERDANG, 16 Januari- Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan hormat dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dari Wellous Sdn Bhd.

Kerjasama ini bertujuan untuk menggalakkan latihan industri dan laluan kerjaya pelajar UPM di Wellous Sdn Bhd serta menjalinkan kerjasama diantara FSTM UPM dalam industri teknologi makanan.

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata jalinan antara industri ini akan membuktikan bahawa UPM sentiasa menyokong matlamat negara dalam industri makanan.

"Terima kasih kepada semua syarikat yang mengambil bahagian atas minat mendalam dan sokongan yang mengagumkan untuk pembentukan dalam industri makanan dengan FSTM UPM," katanya.

Turut hadir pada kunjungan hormat ini Dekan FSTM, Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin dan Timbalan Naib presiden Wellous Group, Racheal Tan. - UPM

WXEaGAY~