| Universiti Putra Malaysia

Fakulti Perubatan Veterinar, PAUPM anjur program iftar


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto: Marina Ismail

SERDANG, 9 Jun – Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pusat Alumni UPM (PAUPM) menganjurkan program iftar bertemakan ‘Salam Ramadhan Salam Keberkatan’ bagi menghimpunkan alumni serta staf fakulti.

Program iftar itu turut dihadiri Presiden Persatuan alumni UPM, Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail dan Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris.



Ia adalah kesinambungan program tahunan PAUPM yang bermula tahun 2013 di Fakulti Rekabentuk dan Senibina, Fakulti Kejuruteraan pada tahun 2014 dan Fakulti Pertanian tahun 2015.

Sementara itu, PAUPM turut menyampaikan sumbangan wang dan hamper kepada 30 anak yatim Nur Hikmah, Kajang serta 16 pelajar asnaf  Fakulti Perubatan Veterinar, UPM.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Hafiz Ghazali serta solat terawih. - UPM


WXEUVAg~