| Universiti Putra Malaysia

Fakulti Kejuruteraan UPM Juara Badminton Piala TNC (Akademik & Antarabangsa UPM)

Oleh Syari Jamian

 

SERDANG - Skuad badminton staf Fakulti Kejuruteraan membuktikan kejaguhannya apabila mengungguli Kejohanan Badminton Berpasukan Piala Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) bagi edisi ketiga yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Pusat Sukan UPM baru – baru ini.

Fakulti Kejuruteraan mengejutkan pilihan utama di pentas akhir iaitu Pusat Sukan dengan kemenangan 2-1. Format kejohanan pada kali ini adalah Perseorangan Lelaki, Beregu Campuran dan Beregu Lelaki Terbuka berjaya menarik tujuh pasukan dari UPM iaitu Fakulti Pertanian & ITAFoS, IDeC & INTROP, Fakulti Ekologi, Hospital Pengajar UPM dan Alumni UPM.

Pada perlawanan akhir, Fakulti Kejuruteraan memenangi acara Perseorangan Lelaki dan Beregu Lelaki Terbuka manakala Pusat Sukan mencuri tumpuan dengan menewaskan beregu campuran Fakulti Kejuruteraan. Tempat Ketiga dimenangi IDeC & INTROP manakala Fakulti Pertanian & ITAFoS meraih tempat keempat.

Keunikan kejohanan kali itu ialah semua pemain menerima trofi dan sijil penyertaan yang disumbangkan dan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa),  Prof. Ts. Dr. M. Iqbal Saripan.

Prof. Ts. Dr. M. Iqbal dalam ucapannya berharap kejohanan itu ini dapat memberi gaya hidup yang sihat kepada semua staf UPM dan alumni.

Turut hadir pada kejohanan itu ialah Pengarah Hospital Pengajar UPM iaitu Dr. Muhammad Mohd Isa dan pengarah program, Dr. Syari Jamian.

Fakulti Kejuruteraan membawa pulang piala pusingan, trofi dan sijil penyertaan, manakala semua pasukan menerima trofi. - UPM

 

SXDdEAS~