Enam Pensyarah Muda UPM Anggotai Exco Kepimpinan YSN-ASM 2019. | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Enam pensyarah muda UPM anggotai Exco kepimpinan YSN-ASM 2019.

Enam pensyarah muda UPM anggotai Exco kepimpinan YSN-ASM 2019.

Enam pensyarah muda UPM terpilih menganggotai barisan Exco kepimpinan Young Scientist Network-Academy of Sciences Malaysia (YSN-ASM) bagi tahun 2019.

Pensyarah muda yang diberikan kepercayaan ini diketuai oleh Prof. Dr. M. Iqbal Saripan, yang terpilih sebagai Bendahari Kehormat; Dr. Chau De Ming (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) dan Prof. Madya Dr. Thahira Begum yang terpilih sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Integriti Sains (Science Integrity); Prof. Madya Dr. Yap Wing Fen (Fakulti Sains) terpilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Media Sains (Science@Media); Prof. Madya Dr. Wan Azlina Wan Ab Karim Ghani (Fakulti Kejuruteraan) terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Polisi Sains (Science Policy); dan Dr. Siti Sarah Othman (Fakulti Bioteknologi dan Sains Molekul) terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kepimpinan Sains (Science Leadership).

YSN ialah sebuah jaringan yang telah ditubuhkan pada Disember 2012 sebagai sebahagian dari Akademi Sains Malaysia (ASM). Jaringan ini menyediakan satu platform untuk komuniti saintis muda negara, melalui ASM, sebagai kumpulan pemikir dan pelaksana bagi memacu sains termaju di negara ini dan menjadi penyumbang yang signifikan kepada bidang sains, kejuruteraan, teknologi dan inovasi di persada global.

Selain itu, barisan kepimpinan saintis muda tersohor ini turut diharap dapat merealisasikan harapan negara untuk mencapai kecemerlangan saintifik dan memberi impak kepada pembangunan bidang sains dan teknologi di negara ini.

 

Tarikh Input: 17/01/2019 | Kemaskini: 17/01/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566715021