| Universiti Putra Malaysia

DYTM Tengku Amir Shah, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ir. Muhamad Zohadie diisytiharkan sebagai Pro-Canselor baharu


SERDANG, 12 Jan: Duli Yang Teramat Mulia  Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ir. Muhamad Zohadie Bardaie diisytiharkan  sebagai Pro-Canselor baharu Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengisytiharan itu dilakukan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Canselor UPM, pada Majlis Konvokesyen UPM ke-44 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM di sini, hari ini.

Baginda berharap pelantikan itu akan dapat melonjakkan lagi kecemerlangan UPM ke tahap lebih tinggi pada masa akan datang.

Sementara itu, Academician Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Syed Jalaludin Syed Salim dilantik semula sebagai Pro-Canselor.

Semua pelantikan itu adalah untuk tempoh selama tiga tahun dari 18 Oktober 2021 hingga 17 Oktober  2024. - UPM

SXETRA4~