| Universiti Putra Malaysia

Dua Pasangan Adik-beradik janji graduat bersama

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Noor Azreen Awang 

 

 

SERDANG, 29 Nov- Ikatan perhubungan adik beradik menguatkan lagi semangat empat orang graduan ini berjaya menamatkan pengajian tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada majlis Konvokesyen UPM ke-47 hari ini. 

 

Menurut graduan ijazah sarjana Pengurusan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, UPM, Ira Fatin Azlan 35, dan adiknya Muhammad Adil Azlan, 33, semangat menyambung pengajian bersama-sama adik beradik menjadi pembakar semangat memperoleh kejayaan bersama-sama.

 

“Kami memilih untuk menyambung ijazah sarjana bersama-sama di fakulti kejuruteraan pada bulan Mac tahun lalu. Berkat sokongan keluarga, kami menyambung ijazah sarjana di UPM.

 

“Cabarannya semasa menyambung pengajian atas talian adakalanya agak sukar untuk memahami pembelajaran tersebut. Kami mengambil inisiatif untuk melakukan perbincangan agar ianya lebih mudah untuk difahami.

 

Mereka menyatakan, inilah pengalaman manis yang tidak akan dilupakan ketika menyambung ijazah sarjana bersama adik beradik.

 

“Jangan pernah cemburu dengan adik beradik kerana kejayaan ini boleh dikecapi bersama-sama untuk kedua ibu bapa. Kami berdua mahu tunaikan impian  ibu yang tidak berpeluang untuk sambung belajar dengan pencapaian kami berdua hari ini,” ujarnya.

 

Sementara itu, bagi dua beradik graduan Ijazah Sarjana Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengajian Pendidikan, Sri Shagilandeswary Makhandrin, 36 dan adiknya Vishnuvaratan Makhandrin sangat bersyukur dapat menamatkan pengajian mereka hari ini bersama-sama.

 

 

“Ianya bukan sesuatu yang mudah buat kami berdua kerana bekerja sambil belajar. Namun, kami bersama-sama membantu satu sama lain bagi meringankan tugasan kami.

 

“Jika kami sedih atau mengalah kerana kapayahan dan keperitan semasa belajar, kami berdua akan memberi motivasi antara satu sama lain agar tidak menyerah dan berjanji akan sama-sama menamatkan ijazah sarjana ini bersama-sama,” Ujar mereka.

 

Adik beradik adalah semangat dan kekuatan utama mereka berempat berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana. Bak kata pepatah ‘air dicincang tidak akan putus’  begitulah diibaratkan eratnya hubungan kekeluargaan walau  saat sukar menyambung pengajian tinggi.

SXDDVA~