Dua Jurnal UPM Terima Status CREAM Skim Galakan Penerbitan 2015 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Dua jurnal UPM terima status CREAM Skim Galakan Penerbitan 2015

Dua jurnal UPM terima status CREAM Skim Galakan Penerbitan 2015

Oleh Azman Zakaria



LANGKAWI, 3 Sept - Dua jurnal Universiti Putra Malaysia (UPM), Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities (JSSH), dan International Food Research Journal (IFRJ) dipilih sebagai penerima status CREAM di bawah Skim Galakan Penerbitan 2015.

Penyampaian status itu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi, di sini.

Selain sijil pengiktirafan itu, kedua-dua jurnal berkenaan setiap satu turut menerima RM12,500 di bawah jurnal indeks kategori Scopus masing-masing dalam bidang  ‘Arts, Social Sciences & Humanities’ dan ‘Science, Technology & Medicine.’



Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Sejumlah 13 jurnal tempatan yang menunjukkan prestasi membanggakan dalam pangkalan data antarabangsa dipilih sebagai penerima Skim Galakan Penerbitan (CREAM).

Daripada jumlah jurnal itu, sebanyak tiga jurnal tempatan diindeks dalam Web of Science (WoS) dan 10 yang lain dalam pangkalan data bibliografi SCOPUS.

Ketua Editor Eksekutif jurnal Pertanika, Dr Nayan Kanwal, berkata ia adalah pengiktirafan penting bagi Pertanika kerana ia anugerah yang diberikan oleh kerajaan.

“Saya berharap lebih banyak penyelidikan yang berkualiti dan inovatif dapat dihasilkan oleh Malaysia. Ini akan membawa kepad lebih banayk citation, seterusnya memberi impak lebih tinggi kepada jurnal berkenaan,”katanya. – UPM


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566319153