| Universiti Putra Malaysia

Dua atlet negara terima anugerah cemerlang pada konvoksyen UPM

 

Oleh: Alex Ardiansyah

 

SERDANG, 22 Okt - Dua atlet kebangsaan – Nur Syafazliyana Mohd Ali, dan Ivy Cheah Hsiao Yong – bukan sekadar menggengam ijazah bacelor, malah mencipta kejayaan besar apabila terpilih sebagai pelajar cemerlang untuk menerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-42.

 

Kapten pasukan bola jaring negara Nur Syai’fana, dan atlet lawan pedang, Ivy Cheah  adalah antara 12 graduan yang akan menerima anugerah kecemerlangan pada majlis konvokesyen itu yang diadakan dari 27 hijngga 30 Oktober ini.

 

Nur Syafazliyana dari program Bacelor Pendidikan (Pendidikan Jasmani), Fakulti Pengajian Pendidikan akan menerima Pingat Razlan Putra, manakala Ivy Cheah dari program Bacelor Sains (Dietetik), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan menerima Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba.

 

Nur Syafazliyana, yang membawa pasukan bola jaring negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA 2017, berkata meskipun mewakili negara dalam sukan, namun pendidikan tidak diabaikannya.

“Belajar adalah kewajipan saya ketika di UPM. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama juga menjadi atlet negara memang memerlukan pengorbanan kerana berdepan banyak cabaran.

“Mesti pandai membahagi masa… waktu latihan saya jadikan sebagai hiburan agar hilang sedikit rasa kepenatan,” katanya.

Ivy Cheah pula berkata, menjadi atllet negara bukan bererti boleh melupakan pembelajaran.

“Saya fokus kepada pelajaran terutama pada tahun akhir, dan tidak menduga terpilih menerima anugerah ini,” katanya yang pernah antara lain menyertai Kejohanan Dunia di Rusia dan Grand Prix di Shanghai, China.

Sementara itu, Muhammad Aiman Mohd Badrulzaman Shah dari program Bacelor Sains dengan Pendidikan (Kepujian) Major Fizik dari Fakulti Sains adalah pelajar pertama yang menerima Anugerah Keusahawanan Siswa UPM, anugerah yang mula diperkenalkan tahun ini.

 

Katanya, beliau tidak menyangka usaha beliau bersama lima rakan memulakan perniagaan sehingga mewujudkan peluang pekerjaan kepada 20 orang lain, turut dinilai oleh UPM sehingga beliau menerima Anugerah Keusahawanan Siswa UPM itu. – UPM

  

 

 

SXDdQAU~