| Universiti Putra Malaysia

Dr. Thinagaran, FSKTM menang anugerah Early Career Award 2014, Tokyo

Oleh Satiasilan Vathumalai



TOKYO, 9 Okt – Pensyarah kanan Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Thinagaran Perumal memenangi anugerah IEEE CE Early Career Award 2014 di Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Kejayaan Dr. Thinagaran menghasilkan inovasi dalam penyelidikan interoperability  rumah pintar untuk memastikan integrasi menyeluruh peranti serta peralatan pengguna dalam persekitaran rumah pintar telah merealisasikan pembangunan aplikasi yang meluas dalam bidang consumer electronic.

Beliau menerima anugerah daripada Ahli Lembaga Pengarah IEEE Consumer Electronics Society, Dr. Takako Nonaka dari Shonan Institute of  Technology, Kanagawa, Jepun dan disaksikan oleh Presiden of IEEE Electronics USA, Stefan Mozar.



Untuk julung kalinya, Malaysia memenangi anugerah itu yang sebelum ini telah dimenangi oleh Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman.

Beliau berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak USD 1000 dan sijil penyertaan.

Antara kriteria yang diambil kira dalam pemilihan pemenang ialah kepimpinan, merit teknikal, projek atau inisiatif organisasi dan kesan positif kepada profesional awam.

Dr. Thinagaran merupakan penerima ijazah pertama dalam  bidang Kejuruteraan Sistem Komputer dan Komunikasi, UPM pada tahun 2003, kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah Sarjana pada tahun 2006 dalam penyelidikan Pembangunan Sistem Terbenam di UPM. Beliau telah dianugerahkan ijazah Ph.D dalam Teknologi Pintar dan Robotik  pada Oktober 2012.



Sepanjang perkhidmatan, beliau telah berjaya meraih pingat emas dalam Pameran Reka Cipta penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2010 dan 2008, pingat perak dalam UPM R&D Exhibition 2007, pingat gangsa dalam Malaysian Technology Expo dan anugerah PIKOM dalam IPTA Research and Development Exposition 2003.

IEEE Early Career Award telah ditubuhkan pada tahun 2002 oleh Lembaga Pengarah IEEE Consumer Electronics bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada individu atas sumbangan memajukan teknologi dan inovasi dalam bidang elektronik pengguna di peringkat awal kerjaya.


SXDcSAi~