| Universiti Putra Malaysia

Dr. Hanafiah ketuai Jawatankuasa Teknikal Sukan universiti Asia


Oleh: Muhammad Al-Amin Mustafha

SERDANG, 21 Nov – Ketua Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Hanafiah Ayub dipilih mengetuai Jawatankuasa Teknikal Sukan di peringkat universiti Asia bagi tempoh enam tahun dari 2016-2022.

Majlis undian dijalankan membabitkan 30 perwakilan berdasarkan kelayakan negara yang menjadi ahli Perhimpunan Agung Asian University Sports Federation (AUSF).

Malaysia yang diwakili oleh Dr. Hanafiah menerima jumlah undian tertinggi iaitu 25 undian diikuti Kazastan (22 undian), Jepun (21 undian) dan Nepal (19 undian) bagi jawatan “Assessors”.

Pencalonan Dr. Hanafiah bagi jawatan “Assessors” adalah melalui pilihan yang dilakukan oleh ahli-ahli majlis Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Pusat Sukan Instituti Pengajian Tinggi (IPT) seluruh Malaysia.

Sebelum ini, Malaysia tidak pernah disenaraikan sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif di peringkat universiti Asia.

Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif yang pertama diadakan semasa AUSF dilangsungkan di Xiamen, China pada 19-21 November lalu. - UPM


 


SXDdIAn~