| Universiti Putra Malaysia

Buku Hang Tuah: Catatan Okinawa menang anugerah MAPIM-KPT 2015


Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Norazreen Awang



PUTRAJAYA, 22 April – Buku Hang Tuah: Catatan Okinawa memenangi Anugerah MAPIM-KPT 2015 bagi kategori Anugerah Buku Ilmiah Popular yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh di sini.

Penulisan buku tersebut yang ditulis oleh pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Prof. Emeritus Dr. Hashim Musa dan Dr. Rohaidah Kamaruddin memenangi cek RM7,000.00, sijil dan trofi.

Buku tersebut adalah penulisan kajian yang dimulakan pada Januari 2015 mempunyai catatan Empayar Ryukyu yang dikenali sebagai Okinawa membuktikan kewujudan Hang Tuah pada zaman kegemilangan Empayar Melaka.

Selain itu, melalui Rekidai Hoan iaitu dokumen yang diperakui sahih oleh para sarjana serta penemuan arkeologi membuktikan hubungan diplomatik antara Empayar Melaka membuktikan kewujudan Hang Tuah.

Pada masa kini, buku tersebut akan dipertandingkan dalam Anugerah Buku Negara 2016 dan penulis pada masa kini sedang membangunkan penulisan buku keduanya iaitu Buku Hang Tuah: Catatan Vijaya Negara.

Sementara itu, Dato’ Seri Idris berkata Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2015 merupakan antara anugerah berprestij tertinggi kebangsaan bagi mengiktiraf hasil karya ilmiah, penulis, editor dan pereka kalangan ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

“Saya berharap anggota MAPIM akan lebih giat memberi galakkan dalam kalangan ahli akademik untuk menghasilkan bahan penerbitan ilmiah mengikut kepakaran bidang masing-masing serta bersedia ke arah penerbitan digital iaitu e-Book,” katanya. - UPM


WXDdSA6~