| Universiti Putra Malaysia

'Buat tiga kerja sambil belajar, bukan terlalu harapkan bantuan', itulah semangat graduan muda ini

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Muhammad Ezham Hussin



SERDANG, 1 Disember - Meniaga, kerja sambilan di sebuah universiti dan menjadi seorang pelajar Master Linguistik Terapan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu masa adalah semangat gadis muda ini berjaya mendapatkan master tanpa mengharapkan bantuan sesiapa.

Najah Zakirah Zailani, 27, berkata ketiga-ketiga ini dilakukan serentak semasa menyambung master dan ianya agak mencabar lagi-lagi pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lepas yang dilaksanakan kerana ingin punya kewangan yang stabil.

Sejak di pengajian asasi lagi saya sudah belajar mencari pendapatan sendiri sehingga berjaya memperoleh master. Pada mulanya berniaga hanya suka-suka, namun sekarang ianya sudah menjadi sebahagian pendapatan tetap untuknya.

“Najah mempunyai perniagaan menjual barang-barang pengantin seperti ‘veil’ dan ‘crown’ mendapat permintaan yang cukup tinggi lagi-lagi pada Perintah Pergerakah Kawalan (PKP) sebelum ini.

“Saya akan mencuri masa untuk bungkus barang jualan selepas kelas dan akan hantar ke pusat pengeposan pada hari yang sama. Rutin saya sebagai pelajar ketika itu sertai kelas master atas talian, menyiapkan tugasan dan penulisan penyelidikan dan bekerja sambilan sebagai tutor atas talian.

“Ibu, ayah dan adik turut membantu membungkus barang jualan dan kadangkala mereka lah yang menghantar semua bungkusan ke pusat pengeposan kerana bisnes yang dilakukan mendapat sambutan, “ katanya.

Beliau sebelum ini telah menyertai program keusahawanan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang bekerjasama bersama Shopee pada semester akhir master.

“Saya sangat menghargai inisiatif dan bantuan yang diberikan oleh pihak KPT untuk membantu para mahasiswa.

“Saya berharap pihak kerajaan akan terus membuka jalan untuk para pelajar yang berminat dalam bidang perniagaan dan pada masa yang sama, mendorong mereka untuk cemerlang dalam bidang akademik,” katanya. -UPM

WXEXPA~