| Universiti Putra Malaysia

Biopemprosesan dan biopembuatan tingkat kemampanan masa hadapan bioteknologi

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Mozaid Idris  

SERDANG, 15 Mei – Pensyarah Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad telah menyampaikan syarahan inaugural bertajuk "Crafting Biomanufacturing Strategies Sustainable Biotechnology Future" di Dewan Kuliah Utama, Bio Tech 1, di sini, jumaat lalu.

Dalam syarahan ini, beliau berkongsi strategi pembangunan biopemprosesan dan biopembuatan untuk meningkatkan pengeluaran produk bioteknologi khasnya untuk menjamin kemampanan masa hadapan bidang bioteknologi.

Katanya, antara contoh kepentingan industri dalam produk bioteknologi ialah konjic asid, hylorunic asid dan bakteria nano selulosa yang banyak digunakan dalam bidang perubatan farmasi dan penghasilan produk kosmetik.

“Kajian yang dilakukan ini adalah untuk memperbanyakkan lagi bahan-bahan produk bioteknologi bagi keperluan skala besar di industri.

“Strategi yang dilakukan dalam penyelidikan ini ialah penyaringan, pemencilan, penambahbaikkan strain industri, pengoptimunan keadaan dan medium kultur, konfigurasi bioreaktor dan sistem kawalan proses, mod operasi bioreaktor dan nanoteknologi dan biopemprosesan,” katanya.

Beliau berkata aplikasi nanoteknologi dalam biopemprosesan membantu mempercepatkan dan meningkatkan penghasilan produk bioteknologi bahkan penghasilan inovasi baharu dalam bidang ini.

Tambah beliau, secara amnya, proses biopemprosesan dan biopembuatan harus menghasilkan pengeluaran yang cekap dengan nilai kompetitif dalam memastikan kemampanan bidang bioteknologi.

Siri Syarahan Inaugural merupakan program untuk memberi syarahan aktiviti kesarjanaan oleh ahli fakulti yang dihormati dalam universiti yang telah menjawat jawatan Profesor kepada ahli fakulti lain serta tetamu universiti mengenai pengkhususan kerja dan penyelidikan selari dengan matlamat 2, Pelan Strategik UPM 2021-2015 mewujudkan hab penyelidikan dan inovasi yang menjanakan nilai berteraskan ekosistem lestari. -UPM

WXETKA~