| Universiti Putra Malaysia

BEKERJA SAMBIL BELAJAR TIDAK MENGHALANG PELAJAR MENCAPAI KEJAYAAN

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Bachelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM

SERDANG, 22 Mac- Walaupun melakukan lima kerja sambilan semasa pengajian diploma, Jackcob Petrus, 21, berjaya menamatkan pengajiannya dalam Diploma Pertanian pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45 hari ini.

Jackcob memilih untuk bekerja sambil belajar antaranya mahu menambah kemahiran insaniah (softskills) dan ini membuatkan beliau bijak membahagikan masa untuk bekerja dan belajar.

Beliau juga tidak melupakan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Kolej, Kolej Sri Rajang di Kampus Bintulu.

Anak kelahiran Sabah ini mampu beradaptasi dengan keadaan yang penuh tekanan walaupun mempunyai lima kerja sambilan.

“Sebagai anak perantau, kita perlu berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya.

Jackcob juga aktif semasa di UPM Kampus Bintulu (UPMKB) terutama bidang pengurusan majlis dan protokol  untuk program pelajar,  berbeza dengan abangnya, Lawrence Petrus yang merupakan atlet rugbi UPM.

Namun begitu, beliau menghargai kenangan manis bersama rakan-rakannya di UPMKB dan akan menyambung pengajian di dalam program Bachelor Sains Pertanian di UPM Kampus Serdang.  

Beliau menjadi inspirasi kepada adik-adiknya apabila beliau berjaya melanjutkan pelajaran di UPM.

Beliau berpesan agar sentiasa mempunyai matlamat yang jelas dan sentiasa merebut peluang yang ada. - UPM

WXESKAj~