| Universiti Putra Malaysia

Bekerja sambal belajar tidak menjadi halangan, pelajar bergraduat

Oleh Nisa Sahira Samsudin

SERDANG, 22 Mac – Setiap orang pasti mempunyai halangan dan cabaran sendiri dalam pelajaran mereka termasuklah Bavani Kalaiselvan yang telah bergraduat Bacelor Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) yang ke-45 pada hari ini.

Keputusan yang diambil adalah disebabkan kehilangan sumber pendapatan yang dihadapi oleh keluarga beliau sejak wabak COVID-19 melanda seluruh dunia. Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan ketika itu memberi kesan kepada operasi bengkel kereta bapa beliau.

Kesempitan ini menjadi pendorong kepada beliau bekerja untuk membantu meringankan kebergantungan beliau kepada keluarga. Anak kedua daripada empat adik beradik ini mengambil keputusan untuk membantu kewangan keluarganya dengan bekerja sambilan di Pizza Hut semasa pengajian ketika itu.

Pelajar lepasan matrikulasi ini turut berkongsi cabaran yang dihadapinya seperti perlu bekerja dua syif dalam satu hari iaitu dari pukul 8 pagi hingga 12 malam yang menyebabkan dia perlu menghadiri kelas dalam talian sewaktu bekerja.

Tanggungjawab ini tidak menghalang beliau untuk terus aktif dalam aktiviti kolej dan fakulti sehingga dilantik sebagai ahli jawatankuasa Majlis Perwakilan Kolej Tun Dr. Ismail selama dua sesi.

“I would wear out rather than rust out” merupakan mutiara kata yang sentiasa dipegang beliau sepanjang pengajian beliau. - UPM

SXEQOAv~