| Universiti Putra Malaysia

BEKAS ATLET TAEKWONDO BERJAYA SEIMBANGKAN SUKAN DAN PELAJARAN

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM



SERDANG, 29 November – 17 tahun berkecimpung di sukan taekwondo, Muhammad Afnan Muhammad Adnan berjaya bergraduat dalam kelas pertama pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 pada hari ini.

“Sukan dan pelajaran haruslah seiring,” katanya.

Beliau memutuskan untuk bersara pada tahun 2019 untuk fokus dalam pelajarannya dalam bidang ijazah sarjana muda Bacelor Pentadbiran Perniagaan.

Tambah beliau, pelajaran adalah perkara yang memberi kesan dalam jangka masa yang panjang berbanding sukan. Beliau kini merupakan jurulatih taekwondo di Klang.

“Keputusan akademik adalah cerminan daripada usaha kita,” katanya.

Muhammad Afnan yang telah menyertai taekwondo sejak berumur 6 tahun berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan India Open Cup International Taekwondo Championship 2018 dan pertandingan Macau Open 2018.

SXDdBAb~