| Universiti Putra Malaysia

Ayah pak guard, ibu tukang cuci bukan halangan untuk gadis ini sambung ijazah kedoktoran di UPM

Oleh: Nur Syamila Kamarul Arefin
Foto Oleh: Muhammad Izrul Abdul Jabar

SERDANG, 5 Oktober - Berasal daripada golongan keluarga B40 tidak mematahkan semangat Siti Nur Izatul Mohd, 19, menyambung program Doktor Perubatan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan bantuan kerajaan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih dengan penerimaan bantuan ini. Ayah dan ibu sangat susah, jika tiada laluan khas program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG), ianya agak membebankan keluarga saya untuk menampung kos pengajian saya ini lagi-lagi dalam bidang yang dipohon ini.

 

Siti Nur Izatul Mohd

 

“Oleh itu saya akan belajar bersungguh agar dapat menjadi seorang doktor selepas tamat belajar untuk membantu keluarga saya. Ayah seorang pegawai keselamatan dan ibu pula seorang tukang cuci membuatkan saya nekad sebagai anak sulong untuk bantu mereka,” katanya.

Selain itu, pelajar Bacelor Kejuteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UPM, Nur Adila Md Yusnizam yang berjaya ditaja untuk menyambung pengajiannya di UPM.

Nur Adila Md Yusnizam

 

“Saya merupakan anak ketiga daripada lima beradik yang menyambung belajar ke peringkat lebih tinggi. Bersyukur sangat diberikan peluang untuk sambung belajar di UPM dan berharap dapat bantu keluarga untuk keluar dari kelompok kemiskinan,” katanya.

Sementara itu, UPM terlibat dalam laluan khas program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program ini ditawarkan kepada 10 pelajar daripada keluarga B40 yang cemerlang dan merupakan anak pertama dalam keluarga mereka yang berjaya memasuki universiti di peringkat Bacelor.

UPM akan menyediakan tajaan dan program mentoring untuk memastikan 10 pelajar yang terpilih berjaya dalam pengajian dengan cemerlang dan akan mendapatkan pekerjaan kepada mereka. - UPM

SXEaDA~