| Universiti Putra Malaysia

AKTIF SUKAN TIDAK MENGHALANG PELAJAR UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN

Oleh: Nurul Qamarina Azli
Pelajar Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, FEM

SERDANG, 24 Mac – Hampir 14 tahun berkecimpung dalam dunia sukan tidak menghalang Kwong Kar Jun, 27, berjaya menamatkan pengajiannya dalam Master Pendidikan dan Sains Sukan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45 pada hari ini.

Pengurusan masa merupakan kunci utama beliau mampu membahagikan masa antara belajar dan berlatih disamping menguruskan kelab sukan.

Kesibukan Kar Jun itu tidak menghalang beliau untuk mempunyai masa bersama rakan-rakannya.

“Saya ingin membuktikan bahawa atlet sukan juga mampu mencapai kejayaan dan usaha saya terbayar apabila saya telah layak menerima Anugerah Emas daripada UPM selama lima tahun berturut-turut,” katanya.

Atlet olahraga itu mengakui bahawa masa beliau kini banyak dihabiskan dengan merawat diri sendiri semenjak beliau tercedera dan kini bertugas di

Beliau juga berterima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menyokongnya dengan apa jua keputusan yang beliau tetapkan. Hasil sokongan daripada keluarganya menginspirasikan beliau untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Beliau berpesan kepada para pelajar UPM agar sentiasa berani mencuba walaupun tidak mencapai apa yang diimpikan. -UPM

SXEZMAh~