| Universiti Putra Malaysia

'3rd International Conference on Youth 2016’ bincang perspektif belia global


Oleh: Syazana Muhammad
Foto: Nor Azreen Awang

SERDANG – Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM) membincangkan perspektif belia global pada 3rdInternational Conference on Youth (ICYOUTH) 2016 baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Azmi Mohd Lila berkata persidangan itu bertujuan untuk memahami perspektif dan pandangan belia berhubung organisasi, cabaran serta strategi transformasi belia melalui kepemimpinan.

“Pembangunan berterusan agenda negara mesti melibatkan belia sebagai rakan kongsi kerana mereka adalah generasi yang akan mencorakkan negara masa depan. Bukan tugas mudah untuk melahirkan generasi masa depan yang holistik dan dipandang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, belia memerlukan pengalaman kepemimpinan untuk membantu mereka membuat keputusan yang rasional berdasarkan realiti tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi ICYOUTH 2016, Prof. Madya Dr. Asnarulkhadi Abu Samah berkata program itu adalah untuk mewujudkan platform antara pembentang kertas kerja dan peserta untuk menjalankan kerjasama di masa hadapan.

“Persidangan ini memberi peluang kepada para cendekiawan, sarjana, penyelidik dan pelajar pasca siswazah dalam bidang pembangunan belia dari dalam dan luar negara bertukar pandangan berkaitan isu, cabaran dan strategi berkaitan transformasi belia,” katanya.

Persidangan itu menghimpunkan 70 pembentang kertas kerja antaranya dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, New Zealand, Chile, Nigeria, United Kingdom, Kanada dan Pakistan. - UPM

 


SXDdPAx~