| Universiti Putra Malaysia

3 Emas, 1 Special Award di MTE 2015

Oleh Hafliza Hussin
Foto oleh Saleha Haron


Dr. Wan Manshol menyampaikan anugerah kepada Dr. Farzad bagi pingat emas dan Anugerah Khas


KUALA LUMPUR, 14 Feb – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membawa pulang  tiga pingat emas dan satu anugerah khas dalam pameran Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2015 pada  12-14 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Penyelidik UPM turut memenangi empat pingat perak dan sembilan gangsa dalam MTE yang mempertandingkan 16 inovasi  pelbagai kategori selain UPM memenangi tempat kedua bagi Best Booth Design Shell Scheme Category.

Kesemua pemenang menerima pingat beserta sijil yang disampaikan oleh Presiden Malaysian Association Research Scientist (MARS),  Dr. Wan Manshol W. Zin selaku penganjur rasmi bagi MTE 2015.


Prof. Lai Oi Ming bersama penyelidik bersama bagi inovasi SuperCare yang berjaya meraih emas


Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan UPM mendapat emas dan Anugerah Khas – Gold Medal with  Compliment from Panel Jury, selama dua tahun berturut-turut melalui inovasi  beliau iaitu Special Connection for Precast Walls.

Ia adalah keluli sambungan saluran berbentuk u untuk pratuang dinding yang digunapakai di dalam sistem bangunan perindustrian bagi mengurangkan kesan beban dinamik dan kerosakan pada bangunan akibat getaran seperti banjir, tsunami, gempa bumi, kenderaan dan jentera berat.

Emas kedua dimenangi oleh Dr. Janet Lim Hong Ngee dari Fakulti Sains dengan tajuk How Practical is Supercapasitor with Flexibility?, You Decide berkaitan inovasi superkapasitor fleksibel yang mempunyai stabiliti terbaik meminimakan saiz ruang untuk digunakan dalam pelbagai bentuk permukaan melengkung.

Prof. Dr. Lai Oi Ming daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul pula meraih emas melalui produknya iaitu SuperCare Stabilized Carotenoids and Vitamin E Powder iaitu bahan semulajadi yang mengandungi tocopherols dan tocotrienols serta carotenoids berbentuk serbuk untuk dicampurkan dengan mudah di dalam pelbagai produk untuk pelbagai fungsi.


Dr. Janet semasa sesi penghakiman


Tocols dan carotenoids adalah agen antioksidan yang baik yang sesuai diaplikasikan didalam makanan tambahan dan pewarna semulajadi di dalam makanan dan kosmetik. 

Senarai penuh pemenang seperti dibawah:

Bil

Nama Produk/Teknologi

Nama Ketua Projek

Fakulti/ Institut

Pencapaian

  1.  

Special Connection for Precast Walls

Dr. Farzad Hejazi

Fakulti Kejuruteraan

Emas+ Anugerah Khas

(Gold Medal with  Compliment from Panel Jury  + RM 500)

  1.  

How Practical is Super capacitor with Flexibility? You Decide.

Dr. Lim Hong Ngee

Fakulti Sains

Emas

  1.  

Stabilized Carotenoids and Vitamin E Enriched Powder

Prof. Dr. Lai Oi Ming

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Emas

  1.  

Ontology Virtual Community of Practice System Model (OVCoP)

Prof. Dr. Rusli Hj. Abdullah

Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Perak

  1.  

Ultrasound Bath Aided Mixing System

Prof. Madya Dr. Chin Nyuk Ling

Fakulti Kejuruteraan

Perak

  1.  

Creating originality and effectiveness in music accompaniment of sports routine

Dr. Loo Fung Chiat

Fakulti Ekologi Manusia

Perak

  1.  

Exotic Ice Structuring Peptides

Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman

Fakulti Sains

Perak

  1.  

Digital Speech Watermarking For Online Speaker Recognition Through G.722 VoIP Channel

Prof. Madya Syed Abdul Rahman Al Haddad

Fakulti Kejuruteraan

Gangsa

  1.  

Clothing Fashion Design Competency Instrument (CFaDC)

Dr. Arasinah Kamis

Fakulti Pengajian Pendidikan

Gangsa

  1.  

Single Layer Graphene Oxide

Dr. Nor Azowa Ibrahim

Fakulti Sains

Gangsa

  1.  

Polysulfone/Chitosan Composite Membrane for CO2/CH4 Separation

Dr. Nor Azowa Ibrahim

Fakulti Sains

Gangsa

  1.  

Extraction of Pomelo Juice Using A Pomelo Juice Extractor

Prof.Madya. Dr. Rosnah Shamsudin

Fakulti Kejuruteraan

Gangsa

  1.  

Nano-encapsulated organic phase change material

Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein

Institut Teknologi Maju

Gangsa

  1.  

After A Dream

Prof. Madya Dr. Joanne Yeoh Pei Sze

Fakulti Ekologi Manusia

Gangsa

  1.  

A Lactococcal Bicistronic Vector System for Gene Delivery in Eukaryotic Cells

Dr. Nurulfiza Mat Isa

 Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Gangsa

  1.  

Bio-Based Production of Crotonic Acid

Dr. Hidayah Ariffin

Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul

Gangsa


 


SXETHAR~