1,000 Pokok Ditanam Dengan Syarikat Kewangan Untuk Menghijau Lagi Kampus Induk U | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » 1,000 pokok ditanam dengan syarikat kewangan untuk menghijau lagi kampus induk U

1,000 pokok ditanam dengan syarikat kewangan untuk menghijau lagi kampus induk U

Oleh Noor EszereenJuferi
Foto oleh Marina Ismail



SERDANG, 21 Jun (UPM) – Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama Scope International Malaysia anjur program Eco Day 2014 menanam 1,000 anak pokok simbolik dalam menyokong aktiviti hijau serta melestarikan alam sekitar yang mampan.

Program yang bertemakan ‘Planting for our planet’ itu melambangkan komitmen tinggi anak syarikat Standard Chartered Bank itu dan pihak universiti dalam memikul tanggungjawab sosial korporat serta membudayakan masyarakat dalam memastikan persekitaran yang unggul di masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Scope International (M) Sdn. Bhd., Encik Kwan Chee Sun berkata program tersebut secra langsung mendidik masyarakat untuk menyokong penuh aktiviti hijau yang akan membantu peningkatan dalam pemuliharaan alam sekitar.



“Kempen hijau tidak dapat dicapai melalui aktiviti semata-mata dan memerlukan usaha yang berterusan dalam membuat perubahan kecil dalam kehidupan harian serta kita mampu untuk merealisasikan perkara ini,” katanya dalam ucapannya pada program Eco Day 2014 di Bukit Ekspo, UPM.

Turut hadir dalam program tersebut Pengarah Pusat Ko Kurikulum dan Pembangunan Pelajar, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Jamian yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran.

Sementara itu, antara aktiviti yang dijalankan antaranya cabaran kitar semula di mana para peserta telah diminta untuk menghasilkan alat praktikal, melalui kursus halangan dalam cabaran pertempuran serta segment rivia alam sekitar di mana para peserta dikehendaki menjawab satu set soalan yang berkaitan alam sekitar termasuk mengenalpasti nama pokok.



Pelajar tahun satu Fakulti Sains Teknologi Maklumat, UPM Nor Azrina Ahmad Rizan berkata program ini secara langsung memberi pendedahan mengenalpasti nama saintifik pokok serta kenalpasti jenis bau rempah ratus.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya mengikuti program sebegini dan ianya menarik serta menambah pengetahuan saya mengenai kepentingan menjaga pokok serta alam sekitar,” katanya.



Rakannya Muhammad Syafiq Farhan Boo Omar Boo, pelajar tahun dua Fakulti Pengajian pendidikan berkata program tersebut adalah kreatif dalam mendidik masyarakat UPM terutamanya pelajar untuk lebih peka dengan kepeningan alam sekitar.

“Pada awalnya saya menganggap program ini tidak menarik kerana selalunya program hijau klise, hanya mengadakan larian tetapi aktiviti di sini yang disediakan oleh pihak penganjur adalah baru untuk saya memfokuskan kepada semangat pasukan dan riadah,” katanya. – upm/nej/kgo


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1569094925