Mobiliti Pelajar | Universiti Putra Malaysia
» ANTARABANGSA » Kerjasama & Rangkaian Global » Mobiliti Pelajar

Mobiliti Pelajar

MOBILITI PELAJAR

UPM menerima peningkatan yang memberangsangkan dari segi bilangan mobiliti yang keluar dan masuk ke dalam univerisiti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Program pertukaran di UPM bermula pada akhir 1990-an dengan hanya beberapa pelajar yang terlibat dalam program ini,  kebanyakkannya menjalani latihan dan penyelidikan praktikal dalam bidang sains dan teknologi seperti Perubatan Veterinar. Kini, UPM mempunyai lebih daripada 190 Memorandum Persefahaman (MoU) dengan universiti seluruh dunia bagi memupuk program pertukaran pelajar dan saban tahun, jumlah pelajar antarabangsa dari seluruh dunia yang memilih UPM untuk menjalani program mobiliti semakin meningkat.

 

PROGRAM MOBILITI INBOUND

Melanjutkan pelajaran ke luar negara merupakan salah satu peluang bermanfaat bagi seorang pelajar. Dengan melanjutkan pengajian di negara asing, pelajar bakal mendapat banyak kebaikan antaranya mengenali sejarah, budaya sesebuah negara, mereka juga akan memahami sistem pendidikan, serta dapat mempelajari kemahiran sesuatu bahasa melalui jalinan persahabatan serta secara tidak langsung meningkatkan keupayaan berkomunikasi.

PUTRA Experience (Mobility Programme) 

CARA MEMOHON INBOUND

 

PROGRAM MOBILITI OUTBOUND

Setiap tahun, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi bilangan pelajar UPM menjalani program mobiliti akan ditentukan oleh Pengurusan Universiti yang diwakili oleh setiap fakulti dan institut. Jawatankuasa Mobiliti Pelajar yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dibentuk untuk melihat polisi mobiliti pelajar. Sejumlah dana diperuntukkan oleh UPM untuk memudahkan pergerakan pelajar menyertai program mobiliti.

Kategori Program Mobilti

  1. Jangka masa pendek: 14 -30 hari
  2. Jangka masa panjang: 1 - 2 semester

 

CARA MEMOHON OUTBOUND

Kemaskini:: 22/12/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566636789