Chapter Antarabangsa

UPM telah menubuhkan rangkaian alumni sejagatnya melalui sukaralewan alumni mengikut negara. Pelancaran Alumni UPM chapter Indonesia pada 26 Mei 2008 telah menandakan permulaan baru bagi usaha UPM untuk membina jaringan antarabangsa untuk Alumni UPM. Ia merupakan usaha perintis yang mendahului chapter-chapter lain yang akan dilancarkan oleh UPM di masa akan datang.

Rangkaian dengan alumni chapter Indonesia adalah satu permulaan dan akan disusuli dengan jaringan chapter lain seluruh dunia. Dalam kalangan mereka melibatkan individu sukarelawan yang tetap kekal berhubung dengan pihak universiti sama ada melalui media sosial, e-mel dan juga lawatan-lawatan alumni.