Pengajian Asasi | Universiti Putra Malaysia
» AKADEMIK » Prasiswazah » Pengajian Asasi

Pengajian Asasi

UPM merupakan satu-satunya universiti yang menawarkan program asasi yang menjurus kepada bidang agro-bio, pertanian dan sains. Graduan Program Asasi Sains Pertanian ini juga dijamin untuk meneruskan pengajian dalam 39 program ijazah di UPM Serdang.

Pengajian yang dijalankan di kampus utama telah memberikan banyak kelebihan, terutamanya pendedahan awal kepada pembelajaran Universiti, akses kepada kemudahan kampus seperti perpustakaan, pusat sukan, dan sebagainya. Aktiviti bukan akademik juga turut disisipkan bagi pemupukan kemahiran insaniah untuk kehidupan lestari.

Program Asasi Sains Pertanian ini dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Antara bentuk pembiayaan yang diberikan adalah seperti yuran pengajian, yuran asrama, elaun wang saku dan tiket penerbangan satu kali pergi balik bagi pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak

Pendaftaran dan maklumat lanjut tentang program ini boleh diperoleh melalui aplikasi dalam talian yang diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di kementerian tersebut


Sila klik di sini untuk melayari laman web KPTM

Sila klik di sini untuk melayari laman web Pusat Asasi Sains Pertanian

Kemaskini:: 13/06/2017 [hairul_nizam]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566639846