Pengajian Jarak Jauh | Universiti Putra Malaysia
» AKADEMIK » Pasca Siswazah » Pengajian Jarak Jauh

Pengajian Jarak Jauh


Belajar sambil bekerja bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan pada hari ini. Melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) setiap individu berpeluang mengikuti program pengajian ke peringkat pasca-siswazah yang dikendalikan oleh UPM Education and Training Sdn. Bhd. (UPMET). Program ini merupakan satu langkah untuk membantu negara melahirkan pekerja yang proaktif, berpengetahuan dan berkompetensi tinggi.

UPMET mengendalikan lima program Master, iaitu Master Pembangunan Sumber Manusia (MHRD), Master Pentadbiran Pendidikan (MPPP), Master Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama (MPPBMP), Master Bahasa Melayu (MBM) dan Master Komunikasi Korporat (MCCOMM) .

Program ini menekankan kaedah pembelajaran kendiri. Pembelajaran seperti ini adalah lebih luwes dan memudahkan mereka yang bekerja melanjutkan pengajian masing-masing. Justeru, beberapa kaedah sokongan pembelajaran diberikan seperti pelajar diberikan modul pembelajaran yang boleh dimuat turun dalam laman web UPMET sebagai bahan rujukan.

Para pelajar yang mengikuti program ini akan menghadiri kuliah di pusat pembelajaran yang telah ditetapkan dengan menggunakan Lintas Langsung Interaktif (LIP), iaitu komunikasi dua hala  antara pensyarah UPM dengan pelajar pada setiap minggu bermula dari hari Jumaat hingga Ahad bergantung pada jadual kuliah yang disusun mengikut kursus masing-masing. Selain itu, rakaman juga turut diambil untuk memudahkan para pelajar mengulang kaji  kursus yang diambil.

Pengambilan pelajar baharu program Master PJJ ini dibuat dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun bagi semester pertama dan bulan Disember bagi semester kedua. Permohonan terbuka sepanjang masa dan boleh dibuat secara dalam talian. Sila klik di sini untuk permohonan dan maklumat lanjut berkenaan yuran pengajian, syarat kelayakan serta kurikulum pengajian.


Kemaskini:: [s_azli]

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
B1566637576