Halaman Selamat Datang
Rabu, Januari 18, 2017 
Mengenai kami » Maklumat Korporat » Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan





Kami staf UPM beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan memastikan:

  1. Memaparkan maklumat pendaftaran dan jadual waktu kuliah dalam laman web Bahagian Akademik/ SMP – Menu Portal Pelajar MyJadual pada minggu ke-11 semester sebelumnya.
  2. Memaparkan maklumat jadual waktu peperiksaan dalam laman web Bahagian Akademik/ SMP – Menu Portal Pelajar MyJadual pada minggu ke-11 semester semasa.
  3. Mengedarkan slip pendaftaran kursus pada hari pertama bermula pada setiap semester.
  4. Mengeluarkan keputusan peperiksaan akhir semester dalam SMP selewat-lewatnya satu (1) hari selepas disahkan oleh Senat UPM.
  5. Memaparkan Notis Majlis Konvokesyen dalam laman web dalam tempoh 30 hari dan 25 hari bekerja melalui penghantaran pos sebelum Majlis Konvokesyen.
  6. Mengeluarkan keputusan permohonan kemasukan selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima oleh SPS.
  7. Memaklumkan keputusan permohonan pelantikan ahli Jawatankuasa Penyeliaan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  8. Memaklumkan keputusan permohonan penangguhan pengajian dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  9. Memaklumkan keputusan permohonan pelanjutan tempoh pengajian dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  10. Memaklumkan keputusan permohonan pertukaran program/bidang pengajian dalam tempoh dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima.
  11. Memaklumkan keputusan permohonan naik taraf pengajian ke program PhD selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas permohonan lengkap diterima.
  12. Memaklumkan keputusan permohonan bantuan siswazah (GRF/GRA) selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas tarikh tutup permohonan.
  13. Memaklumkan keputusan peperiksaan semester kepada pelajar dalam tempoh enam (6) minggu selepas hari terakhir minggu peperiksaan.
  14. Memastikan pelajar menduduki viva voce dalam tempoh tiga (3) bulan selepas penyerahan tesis kepada Sekolah Pengajian Siswazah untuk peperiksaan.
  15. Memaklumkan keputusan permohonan semakan pemberhentian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan Senat.
  16. Memaklumkan keputusan pengurniaan ijazah kepada pelajar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas pengesahan Senat.
  17. Memaklumkan keputusan permohonan aktiviti pelajar (kertas kerja yang lengkap) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas pembentangan kertas kerja.
  18. Memaklumkan keputusan permohonan zakat pelajar dalam tempoh lapan (8) hari bekerja selepas temu duga dijalankan.
  19. Memastikan 100% pelajar dapat berjumpa dengan kaunselor (sesi kaunseling individu bersemuka kali pertama) pada hari yang sama (hari bekerja).
  20. Memaklumkan keputusan permohonan geran dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh penerimaan surat daripada penaja.
  21. Mengeluarkan surat tawaran geran dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan permohonan diterima.
  22. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menghadiri seminar/persidangan/ bengkel/lawatan luar negara (SKBL) dalam tempoh dua (2) bulan selepas permohonan yang lengkap diterima.
  23. Mengeluarkan Surat Perakuan Permohonan Perlindungan Harta Intelek dalam masa lima (5) hari bekerja daripada tarikh penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Harta Intelek (JPHI).
  24. Memaklumkan keputusan permohonan untuk menyertai pameran pertandingan penyelidikan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh tutup permohonan.
  25. Memberikan maklum balas penilaian laporan penyelidikan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas penilaian dilaksanakan.
  26. Calon yang berjaya mendapat surat tawaran dalam tempoh 10 hari bekerja selepas minit Pihak Berkuasa Melantik (PBM) diterima.
  27. Keputusan kenaikan pangkat staf dimaklumkan kepada pemohon selewat-lewatnya 10 hari bekerja selepas Minit Pihak Berkuasa Melantik diterima atau arahan Pihak Berkuasa Melantik. 
  28. Mengeluarkan keputusan Program Transformasi Minda kepada peserta dalam tempoh 10 hari bekerja selepas tarikh terakhir menerima kelulusan daripada kesemua Panel Penilai Kursus Induksi.
  29. Mengeluarkan keputusan permohonan cuti belajar kepada calon selewat-lewatnya 14 hari bekerja selepas kelulusan diperolehi daripada Jawatankuasa Cuti Belajar/KPT.
  30. Mengeluarkan keputusan permohonan peruntukan latihan selewat-lewatnya 10 hari bekerja bagi permohonan dalam negara selepas permohonan lengkap diterima.
  31. Mengeluarkan keputusan permohonan peruntukan latihan selewat-lewatnya 20 hari bekerja bagi permohonan luar negara selepas permohonan lengkap diterima.
  32. Memberikan maklum balas kepada perujuk kes kaunseling dalam tempoh 6 hari bekerja.
  33. Memastikan surat pengesahan dalam perkhidmatan dikeluarkan kepada staf selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari bekerja selepas mendapat kelulusan Pendaftar.
  34. Memastikan status permohonan tuntutan rawatan perubatan (bawah RM1000.00) dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 10 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  35. Peruntukan boleh dibelanjakan selepas 14 hari bekerja daripada tarikh kelulusan pihak berkuasa.
  36. Melaporkan prestasi perbelanjaan setiap suku tahun kepada Pusat Tanggungjawab
  37. Membayar pinjaman dan biasiswa kepada pelajar dalam tempoh 7 hari bekerja.
  38. Membayar semua tuntutan staf dan pembekal dalam tempoh 14 hari.
  39. Memproses pendaftaran pembekal dalam tempoh 3 hari bekerja.
  40. Menyediakan pesanan belian dalam tempoh 7 hari bekerja.
  41. Memproses pelupusan aset dalam tempoh 25 hari bekerja.
  42. Memberi latihan pengurusan aset kepada pegawai aset PTJ sekurang - kurangnya dua (2) kali setahun
  43. Memproses bahan perpustakaan yang diperolehi untuk permohonan segera dalam tempoh 5 hari bekerja. 
  44. Memproses bahan terbitan bersiri keluaran terkini dalam tempoh 10 hari bekerja.
  45. Mengendali pendaftaran / permasalahan keahlian dalam tempoh 30 minit.
  46. Menyusun semula buku yang dipulangkan pengguna dalam tempoh 1 hari bekerja.
  47. Melaksanakan Kelas Program Literasi Maklumat mengikut masa yang ditetapkan.
  48. Menyediakan hasil penelitian maklumat dalam tempoh 5 hari bekerja.
  49. Maklum balas pelanggan/komunikasi pelanggan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari bekerja.


Laporan Piagam Pelanggan 2016

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Oktober
Laporan Piagam Pelanggan Bulan September
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Ogos
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Julai
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Jun

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Mei
Laporan Piagam Pelanggan Bulan April
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Mac
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Februari
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Januari


Laporan Piagam Pelanggan 2015

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Disember

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Oktober
Laporan Piagam Pelanggan Bulan September
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Ogos
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Julai

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Jun

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Mei

Laporan Piagam Pelanggan Bulan April

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Mac

Laporan Piagam Pelanggan Bulan Februari
Laporan Piagam Pelanggan Bulan Januari





Kemaskini Terakhir 17 01 2017 ( hairul_nizam )

LIHATJUGA

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan

Visi/Misi/Matlamat UPM»


Bahagian Pentadbiran
Pejabat Naib Canselor
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel : +603-8947 2076 / +603-8946 8979
Faks : +603-8948 3244 / +603-8947 1044

Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi
Tingkat 3, Bangunan Canselori Putra
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel: +603-8947 2051 / 6003
Faks: +603-8943 1296 / +603-8948 7273