Halaman Selamat Datang
Selasa, Oktober 21, 2014 
Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen

Ekspo pertanian dan pesta konvokesyen telah bermula sejak tahun 1977 lagi dan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh semua lapisan masyarakat sehingga kini. Penganjuran ekspo pertanian dan pesta konvokesyen adalah untuk meraikan para graduan dan keluarga yang datang dari pelbagai pelusuk negara. Usaha ini sebagai mewar-warkan pelbagai program pengajian dalam Universiti dari pelbagai peringkat serta memperkemaskan teras asas Universiti iaitu pengajaran, penyelidikan dan pengembangan sektor pertanian.

Pada kali ini, Ekspo yang bertemakan “Kelestarian Bekalan Makanan Menjamin Kesejahteraan Negara” itu akan diadakan sempena Masjlis Konvokesyen UPM ke-36 pada 12-16 Oktober 2012, 10.00 pagi hingga 10.00 malam, bertempat di Bukit Ekspo, Taman Pertanian Universiti UPM.

Para hadirin pastinya akan tertarik dengan beberapa aktiviti yang akan dianjurkan dan anda berpeluang merebut hadiah yang telah disediakan. Jangan lepaskan peluang ini. Datanglah beramai-ramai dan bawalah ahli keluarga anda untuk bersama-sama memeriahkan ekspo pertanian ini.  

Aktiviti Utama

  • Pameran Fakulti, Institut dan Pusat

Pameran mengenai latar belakang, kursus yang ditawarkan, kaedah pembelajaran dan aktiviti sosial , pencapaian fakulti, produk dan penyelidikan.

 

  • Pameran Ternakan

Pameran ternakan lembu tenusu dan pedaging, kambing, rusa, burung puyuh, kuda, peralatan ternakan dan akuakultur akan berlangsung. Terdapat jualan daging dan susu lembu di pameran. Selain itu, aktiviti menunggang kuda mengelilingi Bukit Ekspo juga akan diadakan.

 

  • Pameran Penyelidikan

Peluang melihat secara dekat inovasi terkini kultur strawberry yang menjamin penghasilan strawberry berkualiti dalam skala besar dan sayur brokoli rintang panas yang boleh ditanam di kawasan tanah pamah. Selain itu, pameran produk berasaskan beras perang cambah OryGoldTM dan OryGOLD DrinkTM, suplemen berasaskan herba untuk pesakit kanser, inovasi krim penyembuh luka daripada rumpai laut, baja mesra alam Bacto 10, sabun aromaterapi dari ekstrak tumbuhan herba dan pelbagai lagi produk menarik turut dipamerkan.

 

  • Jualan Hasil Pertanian, Anak Benih Pokok Buah-Buahan dan Hiasan

Pelbagai hasil pertanian seperti sayuran, buah-buahan dan ulam, anak pokok buah-buahan, herba, bunga, dan pokok hiasan turut dijual. Jualan dengan harga murah ditawarkan untuk anak pokok buah-buahan seperti durian D24, D159, D168 dan D197, rambutan, nangka, cempedak, mangga, limau dan belimbing buluh selain terdapat jualan anak pokok herba seperti misai kucing, kacip fatimah, mahkota dewa dan cekur.

 

  • Pemeran, Pertandingan dan Jualan Pokok Orkid

Pengunjung berpeluang untuk menyertai pertandingan pelbagai jenis orkid selain pameran dan jualan. >Borang Pertandingan Gubahan Orkid 

 

  • Klinik Pertanian

Taman Pertanian Universiti akan mengadakan aktiviti Klinik Pakar Pertanian yang menyediakan khidmat nasihat daripada pakar pertanian dan pakar veterinar UPM kepada orang ramai yang menghadapi masalah pertanian dan ternakan. Selain itu, terdapat juga cara-cara membuat bonsai, ‘grow beg’, ‘kompos basket’, demo kundur, racun botanika, penanaman cendawan, cantuman pokok buahan serta pameran pemakanan sihat.

 

Acara Menarik

  • Lelongan Anak Kuda

Acara lelongan anak kuda kacukan akan diadakan untuk penggemar kuda.
 

Aktiviti Bersama

  • Jualan harga runtuh produk Kumpulan Utusan / UP&D
  • Cabutan bertuah
  • Pertandingan Mewarna
  • Studio Penghias Wajah
  • Karikatur
  • Bersama Novelis UP&D
  • Aktiviti-aktiviti daripada Proton (14 Oktober)

Lain-lain Aktiviti

  • Pertandingan Paintball
  • Pertandingan Sukan Rakyat
  • Pertandingan Melukis dan Sukan Kanak-Kanak
  • Pertandingan Gerai Tercantik
  • Pertandingan Orkid
  • Klinik Fixie Bike
  • Berkayak
  • Aktiviti Bersampan
  • Flying Fox, V-Bridge dan Canopy Walk
  • Pertandingan Memancing
  • Menunggang Kuda

Jualan

  • Jualan Anak Pokok Buah-Buahan dan Hiasan
  • Jualan Pokok Orkid
  • Jualan Baja dan Alatan Pertanian
  • Jualan Barangan dan Cenderamata
  • Jualan Makanan & Minuman

Persembahan Pentas

  • Persembahan Pelajar
  • Persembahan Artis
  • Demonstrasi Padang



Kemaskini Terakhir 11 10 2012 ( s_azli )

LIHATJUGA

Tentatif Program Aktiviti Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen Ke-36 UPM 2012

Borang Penyertaan Pertandingan Masakan Inovasi Kundur

Borang Penyertaan Pertandingan Gubahan Orkid & Orkid Hidup

Borang Tempahan Tapak Jualan Hasil Pertanian

Harga Jualan di Gerai Jualan Taman Pertanian Universiti

Jadual Demonstrasi Pertanian & Masakan

Atur Acara Majlis Perasmian

Laman Web Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen 2012

Laman Web Majlis Konvokesyen UPM ke-36

Borang Penyertaan Karnival Pancing



Pengarah
Taman Pertanian Universiti
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
603-89467301, 603-89467299

Noresah bt. Janudin
03-8946 7301 / 03-8946 7308 

Abdul Ghani b. Hashim
03-8946 7299

Azmi b. Ahmad Yusoff
03-8946 7289

Mohd. Hairi b. Abdul Aziz
03-8946 7286

Emel
webtpu@putra.upm.edu.my