Pengurusan Risiko dan Keselamatan

Risiko dan keadaan kecemasan perlu diurus dengan tertib bagi mengelak keadaan yang lebih buruk. Berikut adalah tindakan-tindakan yang perlu dibuat bagi menghadapi sebarang keadaan kecemasan :

» Kemalangan
»
Kebakaran
» Demonstrasi
» Terperangkap dalam lif

Bagi mencegah berlakunya kemalangan dan kejadian berbahaya dalam kalangan komuniti UPM akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat, warga UPM harus sentiasa berwaspada dan mengaplikasikan langkah-langkah pencegahan dalam urusan seharian yang boleh dimuat turun.

Maklumat lanjut berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh diperolehi daripada Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan juga Manual Pelan Pengurusan Bencana di laman web Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Kamera Litar Tertutup

Salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh UPM dalam usaha untuk memantapkan kawalan keselamatan kampus adalah dengan penggunaan sistem kamera litar tertutup (CCTV). Sebanyak 486 unit kamera CCTV dipasang di seluruh kampus untuk membuat pemantauan (surveillance) keadaan keselamatan setiap hari. Sistem CCTV dikawal keseluruhannya menerusi Pusat Kawalan CCTV (Monitoring Control Centre). Sesungguhnya pelaksanaan sistem CCTV menunjukkan komitmen yang tinggi oleh pengurusan universiti bagi menjamin keselamatan harta benda dan seluruh warganya.

Sekiranya anda ingin memperolehi maklumat terperinci berkenaan pengurusan keselamatan, sila klik di sini dan anda akan di bawa ke laman web Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.