Keselamatan Peribadi

Sebarang musibah boleh dielak dengan memberi sedikit perhatian tentang keselamatan diri. Berikut adalah panduan-panduan yang boleh diikuti dalam keadaan-keadaan kecemasan:

Kenderaan

»Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan.
»Patuhi peraturan lalulintas.
»Jangan tinggalkan barang berharga didalam kereta ketika meletak kenderaan seperti:
               a. Laptop/ beg laptop
               b. Telefon bimbit
               c.  Beg duit
               d. Alat elektronik  seperti GPS
               e. Dan lain-lain barang berharga
»Pastikan kenderaan anda telah dikunci sebelum meninggalkan kenderaan anda.
»Jangan tinggalkan kenderaan anda ketika enjin dihidupkan ketika :
               a. Berbual dgn orang diluar kenderaan
               b. Pergi ke bank
               c. Pergi ke Pejabat Pos
               d. Dan sebagainya
»Jangan memberi tumpang orang yang tidak dikenali.
»Sentiasa memastikan tingkap kenderaan ditutup ketika membawa kenderaan atau meletak
   kenderaan.
»Tarik perhatian orang sekeliling ketika anda diragut dengan jeritan “tolong” “tolong” dan
   bunyikan hon berterusan serta nyalakan lampu kecemasan sekiranya anda menaiki
   kenderaan.
»Pasang kunci pendua.
»Jangan tinggalkan kunci didalam kenderaan.
»Periksa kunci kenderaan anda sebelum meninggalkan kenderaan.
»Letak kenderaan di tempat meletak kenderaan.
»Hubungi talian kecemasan UPM sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan /  
   jenayah / kemalangan / kebakaran di talian 0389471999.

Di tempat kerja

»
Kunci pintu pejabat anda sekiranya ingin meninggalkan pejabat.
»Jangan benarkan orang luar/ tidak dikenali memasuki pejabat tanpa kebenaran/urusan.
»Sentiasa berwaspada terhadap kehadiran orang yang tidak dikenali didalam pejabat anda.
»Bersikap ambil tahu terhadap keadaan sekililing di dalam pejabat anda.
»Tutup semua peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan ketika meninggalkan 
   pejabat seperti:
            a. Komputer
            b. Alat pencetak
            c. Mesin fotostat
            d. Penghawa dingin
            e. Lampu
             f. Dan sebagainya
»Simpan fail-fail, rekod-rekod dan dokumen-dokumen di tempat selamat (peti besi, laci
   berkunci, bilik simpanan fail).
»Hubungi talian kecemasan UPM sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan / jenayah /
   kemalangan / kebakaran di talian 0389471999.

Di kawasan kampus

»Sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri.
»Jangan melanggarkan apa-apa jua peraturan Universiti.
»Jangan berjalan seorang diri pada waktu malam.
»Sentiasa berjalan di dalam kumpulan sekurang-kurangnya berdua.
»Jangan menumpang kenderaan orang yg tidak dikenali.
»Sekiranya anda mengulangkaji pelajaran di luar bangunan, pastikan ada orang di sekeliling
  anda.
»Sekiranya anda dapati tiada orang ditempat yang anda ingin tujui, hindarkan diri dari berada 
  disitu.
»Sentiasa memeriksa barang berharga ketika :
          a. Keluar dari tandas.
          b. Setelah membuat panggilan telefon di pondok telefon awam.
          c. Membuat perbincangan dengan kawan.
          d. Meninggalkan bilik di kolej.