Kaunseling

Bahagian Kaunseling Universiti Putra Malaysia diketuai oleh Ketua Bahagian iaitu Dr. Mazila Ghazali dan dibantu oleh 13 orang pegawai psikologi serta 6 orang staf sokongan yang berdedikasi dan cemerlang.

Bahagian Kaunseling UPM terdiri daripada empat Seksyen yang memainkan fungsi dan peranan penting masing-masing dalam menjalankan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan kepada warga Universiti Putra Malaysia (terbuka buat pekerja dan pelajar). Empat seksyen tersebut adalah Seksyen Kaunseling Pelajar, Seksyen Kaunseling Pekerja, Seksyen Kaunseling Kerjaya dan Seksyen Pentadbiran dan Kewangan. Setiap seksyen mempunyai matlamat khusus bagi membantu warga UPM dalam mencapai kesejahteraan holistik.

Maklumat berkaitan Bahagian Kaunseling UPM di bawah adalah seperti berikut :-

Lokasi : Bahagian Kaunseling UPM, Universiti Putra Malaysia
Koordinat : 3.001981, 101.71287

Waktu operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
No.Telefon : 03-9769 2082 (pejabat am)

WhatsApp : 010-871 2690 (pertanyaan dan makluman berkaitan perkhidmatan Bahagian Kaunseling UPM)
Laman Web Rasmi : www.bkupm.upm.edu.my

Facebook : Bahagian Kaunseling UPM / https://www.facebook.com/bkupm

Seluruh warga Universiti Putra Malaysia dialu-alukan ke Bahagian Kaunseling UPM.