Rawatan Kecemasan

Pusat Kesihatan Universiti menyediakan perkhidmatan kecemasan untuk warga kampus.

Kes yang dikategorikan sebagai kecemasan ialah kemalangan jalan raya, kecederaan seperti luka yang dalam, terseliuh dan patah, sesak nafas, sakit dada, keracunan, pengsan, pengambilan ubat melebihi dos, demam panas, sakit perut, sawan, reaksi alahan, gigitan haiwan berbisa dan terbakar atau melecur.

Perkhidmatan ambulans beroperasi 24 jam.

Maklumat lanjut berkenaan kadar bayaran, sila klik di sini.