Pengurusan Inovasi

Struktur penyelidikan ialah tunjang dalam usaha merealisasikan wawasan UPM  untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada para komuniti penyelidik dan untuk meningkatkan reputasi penyelidikan yang berkualiti. Penyelidikan di UPM seringkali berkaitan dengan alam semula jadi. Oleh itu, seluruh entiti penyelidikan  saling menyokong antara satu sama lain demi memperoleh impak yang tinggi dalam hasil penyelidikan.