Hospital Veterinar

 Hospital ini mempunyai kemudahan wad untuk haiwan

 

Hospital Veterinar Universiti telah ditubuhkan oleh Fakulti Perubatan Veterinar UPM sebagai pusat penjagaan kesihatan haiwan dan diagnosis penyakit di samping menjalankan penyelidikan. Hospital ini menyediakan perkhidmatan melalui penyelidikan, penjagaan kesihatan haiwan dan diagnosis penyakit.

Anda tidak perlu bimbang untuk menghantar haiwan peliharaan anda di hospital ini kerana ia  dilengkapi dengan pelbagai peralatan diagnostik dan makmal yang digunakan di sesebuah hospital pengajaran. Selain dari perkhidmatan perundingan pesakit luar rutin, hospital ini turut menawarkan perkhidmatan khas dalam perubatan veterinar dan surgeri, pengimejan serta diagnosis makmal. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan dan kepakaran untuk merawat haiwan yang mengalami penyakit teruk, berkomplikasi atau haiwan memerlukan rawatan rapi.  Selain itu, perkhidmatan klinik bergerak untuk haiwan besar juga telah disediakan.

Hospital ini merangkumi tiga buah klinik yang menyediakan perkhidmatan yang berbeza iaitu Klinik Amalan Haiwan Kesayangan untuk haiwan seperti kucing, anjing, burung, arnab dan reptilia, Klinik Amalan Haiwan Besar untuk haiwan seperti lembu kerbau, bebiri dan kambing, dan Klinik Amalan Surgeri yang menyediakan perkhidmatan pembedahan, radiologi dan ultrasonografi.

» Klinik Amalan Haiwan Kesayangan

» Klinik Amalan Haiwan Besar

» Klinik Amalan Surgeri

» Waktu Operasi Hospital Veterinar UPM 

 

Layari Hospital Veterinar UPM 

Pengajaran & Perkhidmatan 
Hospital Veterinar (UVH
Makmal Veterinar (VLSU)