Penginapan



Dalam Kampus

UPM menyediakan sebanyak 17 buah kolej kediaman untuk penginapan lebih daripada 3000 orang pelajar. Setiap satu kolej kediaman menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap dan moden demi menepati keperluan pelajar.

Sebahagian besar kolej kediaman mempunyai akses internet, pembersihan harian, kemudahan untuk sistem kumbahan serta pelbagai lagi kemudahan lain yang memberikan keselesaan kepada para pelajar. Universiti juga sangat prihatin terhadap para pelajar istimewa. Terdapat sejumlah ruang khusus yang diubah suai dan dilengkapi dengan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan para pelajar istimewa agar kehidupan mereka di kampus terjamin.

Universiti juga sangat komited dalam menjamin keselamatan dan keamanan warga UPM. Justeru, persekitaran kampus dilindungi sepenuhnya oleh pegawai keselamatan yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Kawasan parkir juga dilindungi sepenuhnya untuk memastikan bahawa kenderaan para pelajar dan kakitangan UPM selamat.

Luar Kampus

Perkhidmatan pelajar turut menawarkan bantuan dan cadangan untuk setiap pelajar mencari penginapan sendiri dengan menyediakan senarai  rumah kediaman di persekitaran kawasan Serdang.

Sila klik di sini untuk mengetahui maklumat berkenaan penginapan yang UPM sediakan untuk anda.

Sekiranya anda merupakan pelajar antarabangsa, sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penginapan pelajar antarabangsa.