Masjid



Masjid UPM dilengkapi peralatan LCD untuk paparan visual dan terjemahan teks khutbah.

Masjid UPM ini merupakan pusat perkhidmatan kerohanian dan aktiviti keagamaan kepada mahasiswa, staf serta masyarakat sekitar supaya melahirkan persefahaman di samping mewujudkan perasaan muhibah di antara manusia. Proses pendidikan kerohanian diserapkan melalui pelbagai aktiviti seperti Kelas Pengajian Al-Quran, Kelas Pengajian Selepas Maghrib, Kelas Fardu ‘Ain, seminar, forum, bengkel dan penyebaran risalah dari semasa ke semasa.

ia turut dilengkapi dengan kemudahan ICT bagi menjalankan program-program pengisian kerohanian Islam dengan lebih efektif dan berkesan seperti penggunaan peralatan Liquid Crystal Display (LCD) untuk memaparkan visual daripada paparanPower Point dan terjemahan teks khutbah daripada Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris supaya penyampaian ilmu dapat disampaikan dengan tepat dan efektif.

Selain itu, Pusat Sumber yang dilengkapi dua buah komputer dengan sumber rujukan, internet dan pautan terhadap data sumber rujukan di Perpustakaan Sultan Abdul Samad juga disediakan untuk memaksimumkan penggunaan Masjid UPM.

Masjid UPM juga turut menyediakan pelbagai khidmat profesional dan perundingan serta menggalakkan seluruh warga kampus UPM dan penduduk sekitar menggunakan pusat ini bagi aktiviti dan program keagamaan secara berjemaah di samping memberi peluang termasuk kepada yang bukan Islam untuk mengenali Islam dengan lebih dekat lagi.

Maklumat lanjut berkenaan takwim aktiviti, jadual kuliah Subuh, segala perkhidmatan dan kemudahan di Masjid UPM, layari laman web Pusat Islam.